Utusan Borneo (Sabah)

Wanita BN Tenom komited dekati rakyat

200 masyarakat Tionghua Tenom terima sumbangan

- Oleh JOHAN AZIZ DATUK RAHMAHJAN SULAIMAN KHAN

TENOM: Seramai 200 masyarakat Tionghua menerima sumbangan pada Program Wanita Barisan Nasional (BN) Tenom bersama Kapitan Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, kelmarin.

Mereka yang menerima bantuan berupa wang angpau, beras dan barangan lain adalah terdiri warga emas, orang kurang upaya serta kurang berkemampu­an.

Bantuan telah disampaika­n oleh Ketua Wanita BN Tenom yang juga Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan.

Dalam ucapannya, Rahmahjan berkata barisan kepimpinan Wanita BN Tenom sentiasa komited dan berusaha mendekati rakyat di peringkat akar-umbi sepanjang masa, tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya program pada berkenaan adalah kesinambun­gan program- program yang telah diadakan sebelum ini, misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Krismas.

“Program yang kita adakan ini sememangny­a wajar diadakan kerana ia membawa manfaat yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya warga di daerah ini.

“Apa yang dapat saya perhatikan, acara ini turut menarik kunjungan ramai orang. Ini bermakna, pengunjung yang datang ke majlis ini bukan hanya terdiri daripada masyarakat Cina, tetapi juga membabitka­n bangsa lain. Maka, ia dengan sendirinya menjadi platform mengukuhka­n kesatuan serta perpaduan antara kaum,” katanya.

Rahmahjan yang juga setiausaha politik Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar berkata ia sekali gus merapatkan lagi hubungan setiakawan dan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat jelata, khususnya masyarakat berbilang kaum di daerah ini. Ia adalah antara keunikan yang menjadi intipati penting kepada kesejahter­aan hidup bermasyara­kat di negeri ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia khususnya di Sabah sangat bertuah dapat menikmati suasana kehidupan yang aman damai, harmoni dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.

Dengan wujudnya suasana itu, katanya, ia juga telah memperoleh ruang untuk sama-sama meraikan setiap perayaan dalam keadaan yang meyakinkan.

“Kita sedia maklum bahawa warga daerah ini terdiri daripada masyarakat berbilang suku kaum, keturunan, kebudayaan dan agama. Dengan penganjura­n program seperti ini, perbezaan antara suku kaum atau budaya sudah tentu tidak akan wujud lagi disebabkan semua orang menyambut perayaan secara bersama.

“Adalah menjadi harapan saya, bersama pimpinan Wanita BN Tenom agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau memberitah­u bahawa Kerajaan BN di bawah payung pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kepimpinan negeri diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan terus membela nasib rakyat berbilang kaum di negara dan negeri ini.

Katanya, program dan agenda pembanguna­n diagihkan secara adil dan saksama kepada semua, termasukla­h bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah aliran Cina.

Pada majlis itu, Rahmahjan turut mengambil kesempatan mengucapka­n ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh rakyat Sabah yang berbangsa Tionghua, khususnya di daerah ini.

“Semoga tahun 2017 ini yang dikenali sebagai Tahun Ayam dalam kalangan masyarakat Cina akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran, bukan sahaja kepada masyarakat Cina sendiri, tetapi juga kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.

“Yang penting, pada tahun 2017 yang mencabar ini, kita semua perlu rajin dan gigih berusaha sebagaiman­a ayam berkakai mencari rezeki setiap hari demi meneruskan kehidupan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Umno Bahagian Tenom Juli Hussin, ketua-ketua Masyarakat kaum Tionghua dan AJK Wanita BN Tenom.

Program yang kita adakan ini sememangny­a wajar diadakan kerana ia membawa manfaat yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya warga di daerah ini.

 ??  ?? RAHMAHJAN bergambar bersama-sama Ketua-Ketua Masyarakat Cina dan AJK Wanita BN Tenom selepas majilis itu.
RAHMAHJAN bergambar bersama-sama Ketua-Ketua Masyarakat Cina dan AJK Wanita BN Tenom selepas majilis itu.
 ??  ?? SEORANG lelaki kurang upaya menyatakan sesuatu kepada Rahmahjan selepas menerima sumbangan.
SEORANG lelaki kurang upaya menyatakan sesuatu kepada Rahmahjan selepas menerima sumbangan.
 ??  ?? RAHMAHJAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga tua pada majlis itu.
RAHMAHJAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga tua pada majlis itu.
 ??  ?? RAHMAHJAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
RAHMAHJAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN para penerima yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN para penerima yang hadir pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia