Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai program disediakan sepanjang TMT 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

TAMBUNAN: Pelbagai acara menarik telah disusun atur sempena Tahun Melawat Tambunan (TMT) 2017.

Pegawai Daerah Tambunan selaku penyelaras program Thomas Logijin memberitah­u persediaan acara kini siap disusun dan boleh disertai serta dihadiri orang ramai bukan sahaja warga Tambunan malah rakyat seluruh negeri Sabah.

Beliau berkata acara bermula pada 25-27 Januari dengan ‘Ginawari Tambunan’, disusuli Sambutan Tahun Baru Cina Ala Taze (4 Februari), Pertanding­an Bola Sepak Piala Pairin (4 Mac), Pesta Masakan dan Makanan Tradisi ( 29 Mac), dan Tambunan Kaamatan Charity Run (30 April).

“Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan dan pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017 akan diadakan pada 1 Mei, Pertanding­an Dart Terbuka Tambunan pada 5-7 Mei, Pertanding­an Tarik Tali Tambunan pada 13-14 Mei dan Pertanding­an Orang Kuat Tambunan pada 3-4 Jun,” katanya.

Seterusnya, Cabaran Kenderaan 4x4 Tambunan (8-11 Jun), Cabaran Laluan Minduk Sirung (17 Jun), Cabaran Stronggift Tambunan ( 23 Jun) Sambutan Hari Raya Ala Dusun Tambunan (19 Julai), Pertanding­an Memancing Tambunan (28-30 Julai), Asia MTB Series (5-6 Ogos), Festival Silat Daerah Tambunan (2-3 Sept) dan Pesta Bambu dan Halia (8-9 Sept).

Acara lain ialah ‘TYT Goodwill And Friendship Golf Tournament (30 Sept-1 Okt), Pesta Tanglung Tambunan (7 Okt), Festival Muzik Tambunan (25 Nov), Pertanding­an Karate Terbuka Tambunan (Oktober), YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Golf Tournment (3 Dis), Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 dan Majlis Kesyukuran VTBN 2017.

Thomas mempelawa orang ramai termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri supaya datang memeriahka­n dan menyertai acaraacara yang bakal dijalankan.

“Kita menjemput warga Tambunan dan rakyat Sabah supaya hadir beramai-ramai ke semua program Tahun Melawat Tambunan yang dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,” katanya.

 ??  ?? THOMAS (kiri) menerangka­n sesuatu kepada Pairin mengenai TMT 2017.
THOMAS (kiri) menerangka­n sesuatu kepada Pairin mengenai TMT 2017.
 ??  ?? MERCU tanda produk masyarakat Tambunan.
MERCU tanda produk masyarakat Tambunan.
 ??  ?? PANORAMA Pekan Tambunan.
PANORAMA Pekan Tambunan.
 ??  ?? TUGU Pekan Tambunan.
TUGU Pekan Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia