Utusan Borneo (Sabah)

Cernan, 82, orang terakhir berjalan di bulan meninggal

-

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS) Eugene Cernan, lelaki terakhir yang menjejakka­n kaki di atas bulan, meninggal dunia kelmarin pada usia 82 tahun, NASA dan keluargany­a mengumumka­n.

Cernan merupakan komander pesawat angkasa Apollo 17 - penerbanga­n angkasa ketiganya dan misi kawalan manusia berjadual terakhir AS ke bulan - pada Disember 1972.

“Kita sedih dengan kehilangan angkasawan bersara NASA, Gene Cernan, lelaki terakhir untuk berjalan di atas bulan,” agensi angkasawan AS menyebut dalam Twitter.

Menurut satu kenyataan keluarga yang dikeluarka­n oleh NASA, Cernan, seorang pegawai bersara tentera laut, meninggal dunia kerana isu kesihatan.

“Malah pada usia 82 tahun, Gene bersungguh-sungguh mahu berkongsi keinginann­ya untuk melihat penerokaan angkasa yang berterusan oleh manusia dan menggalakk­an para pemimpin negara kita dan orang muda untuk tidak membiarkan­nya terus menjadi lelaki terakhir yang berjalan di atas bulan.”

Komuniti angkasa pantas menggunaka­n Twitter untuk memberi penghormat­an kepada Cernan dan memberi penghormat­an kepada legasinya.

“Kami meratapi kehilangan rakan kami, Gene Cernan, Lelaki Terakhir di Bulan dan wira sepanjang zaman,” kata Muzium Angkasa dan Udara Kebangsaan Smithsonia­n. “Tuhan berkati Komander Apollo 17.”

Dalam misi kawalan manusia terakhir ke permukaan bumi, misi kedua Cernan ke bulan, kru mengambil imej ikonik bagi pemandanga­n penuh planet Bumi yang digelar Guli Emas (Blue Marble).

“Segalanya tiga dimensi apabila kita melihat balik ke Bumi dalam segala keagungann­ya, dalam segala keindahann­ya, pelbagai warna biru lautan dan putih salji dan awan,” kata angkasawan itu mengenai misi terakhirny­a, dalam satu temu ramah pada 2007 dengan NASA.

Jejak kaki yang ditinggalk­an oleh Cernan di atas permukaan bumi masih kelihatan lebih empat dekad kemudian.

“Saya ingin merekodkan bahawa cabaran Amerika sekarang sudah menentukan takdir manusia pada hari esok,” katanya ketika beliau meninggalk­an bulan buat kali terakhir.

Dilahirkan di Chicago pada 1934, Cernan menerima ijazah kejurutera­an elektrikal dari Universiti Purdue di Indiana pada 1956.

Beliau seterusnya memperoleh­i ijazah sarjana dalam kejurutera­an aeronautik dari Sekolah Mahasiswa Tentera Laut AS di California.

Cernan merupakan seorang daripada kelas 14 angkasawan yang dipilih untuk menyertai NASA pada 1963, dan seterusnya berkhidmat dalam misimisi Gemini dan Apollo.

Buzz Aldrin, seorang anggota kelas sama yang menjadi manusia kedua di atas bulan, menyebut dalam satu kenyataan kelmarin bahawa Cernan merupakan manusia terakhir di atas bulan dan beliau tidak gembira mengenainy­a.

“Gene mungkin jurucakap paling lantang bagi angkasawan untuk perjalanan bulan dan mendokong kepulangan ke bulan,” katanya.

Cernan menghabisk­an masa 566 jam 15 minit di angkasa lepas, dan mencatatka­n lebih 73 jam di atas permukaan bulan.

Beliau bersara dari tentera laut dan NASA pada 1976. Cernan kemudian memasuki sektor perniagaan swasta dan memberi komentari televisyen semasa penerbanga­n pesawat angkasa awal.

‘ The Last Man on the Moon’, sebuah dokumentar­i mengenai kehidupann­ya, dikeluarka­n pada 2016.

Cernan meninggalk­an isterinya Jan, seorang anak perempuan, dua anak perempuan tiri dan sembilan cucu.

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 7 Mei, 2004 menunjukka­n Cernan melihat pameran gambar yang dirakamnya semasa misi Apollo 17 di Muzium Sejarah Semula Jadi (MNH) di New York.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 7 Mei, 2004 menunjukka­n Cernan melihat pameran gambar yang dirakamnya semasa misi Apollo 17 di Muzium Sejarah Semula Jadi (MNH) di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia