Utusan Borneo (Sabah)

Komunis Filipina keberatan berdamai

-

MANILA: Pemberonta­k komunis Filipina yang melancarka­n pemberonta­kan paling lama di Asia semalam berkata satu perjanjian damai tidak mungkin akan dicapai sebelum 2019, dalam satu tamparan kepada harapan kerajaan untuk memeterai perjanjian pada tahun ini.

Menjelang rundingan damai baharu yang bermula di Itali pada Khamis ini, Barisan Demokratik Kebangsaan Filipina (NDFP) juga memberi amaran bahawa tentera di lapangan menggesa ditamatkan gencatan senjata kerana mereka semakin kecewa dengan “janji-janji yang tidak ditunaikan” oleh kerajaan.

“NDFP memulakan pusingan ketiga rundingan rasmi di Rom dengan azam seperti selama ini untuk meneruskan rundingan damai tetapi semakin diresahkan oleh keikhlasan pihak lain,” ketua perunding komunis Fidel Afcaoili, menyebut dalam satu kenyataan.

Kumpulan komunis itu melancarka­n “revolusi demokratik kebangsaan” mereka sejak 1968 untuk mengguling­kan sistem kapitalis yang mewujudkan salah satu jurang kaya-miskin terbesar di Asia.

Sekurang-kurangnya 30,000 orang terkorban dalam konflik tersebut, menurut pihak tentera.

Presiden Rodrigo Duterte, yang menggambar­kan diri sebagai seorang sosialis, telah menjadikan penamatan pem- berontakan itu sebagai salah satu keutamaan tertinggin­ya.

Beliau melancarka­n proses damai sejurus selepas beliau memegang jawatan pada Jun tahun lepas dan melantik tiga orang komunis dalam kabinetnya.

Kedua-dua pihak menyetujui gencatan senjata sementara pada pusingan pertama rundingan di Norway pada Ogos lalu.

Kerajaan berkata ketika itu ia menyasari perjanjian damai muktamad dalam tempoh 12 bulan.

Namun Agcaoili berkata pihak komunis memerlukan sekurang- kurangnya dua tahun lagi selepas perunding menyetujui beberapa pembaharua­n ekonomi dan politik malah sebelum memulakan “perbincang­an serius” mengenai perjanjian damai muktamad.

Pembaharua­n ekonomi dan politik itu belum lagi dipersetuj­ui, dan sepatutnya dibincangk­an di Rom.

Sementara itu, rungutan biasa yang merosakkan usaha damai di bawah presiden lama di Filipina dipercayai kembali mengganggu rundingan semasa.

Pihak komunis sudah lama menuntut ratusan ahlinya dibebas dari penjara sebelum menimbang konsesi besar dalam rundingan damai.

Duterte membebaska­n 18 ketua tertinggi tetapi puak komunis menuntut 434 pemberonta­k lain dibebaskan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia