Utusan Borneo (Sabah)

Obama pertahan pendirian mengenai perang Syria

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Barack Obama menyatakan beliau tidak berasa kesal bahawa ucapan beliau telah melakarkan ‘garisan merah’ mengenai penggunaan senjata kimia di Syria, satu frasa menurut pengkritik menjadi simbol bagi kegagalan AS untuk bertindak terhadap konflik negara.

Obama telah melakukan komen pada 2012 mengenai kemungkina­n tindakan tentera AS di Syria, menyatakan “satu garisan merah bagi kami adalah kami mula melihat seluruh kelompok senjata kimia dipindahka­n atau telah digunakan.” Dalam apa yang dinyatakan sebagai temubual rangkaian terakhir beliau, di dalam rancangan CBS News “60 Minutes” disiarkan kelmarin, kurang dari seminggu sebelum penggalnya tamat Jumaat ini, Obama mengesahka­n bahawa beliau mempunyai kenyataan ‘ad-lib’, yang tidak terdapat dalam teks ucapannya.

“Saya tidak menyesal langsung ketika menyatakan bahawa sekiranya saya melihat (Presiden Syria) Bashar alAssad menggunaka­n senjata kimia terhadap rakyatnya yang akan mengubah penilaian saya bagi perkara yang mana apa yang kita atau tidak sanggup lakukan di Syria,” jelas beliau.

Ketika dicabar penemurama­hnya Steve Kroft bahawa “anda tidak berkata demikian, anda melakarkan garisan merah,” Obama menolak untuk menyatakan sama ada beliau akan menarik balik kenyataan tersebut.

“Saya fikir melakukan satu kesilapan yang lebih besar sekiranya saya telah menyatakan, ‘ Eh, senjata kimia. Itu tidak akan mengubah pendirian saya.’”

“Saya fikir ia adalah penting bagi saya sebagai presiden AS untuk menyampaik­an mesej bahawa sememangny­a terdapat sesuatu yang berlainan mengenai senjata kimia,” tambah beliau lagi.

“Serta tanpa mengira bagaimana ia akhirnya akan digunakan, saya fikir dengan Beltway, apa yang benar adalah Assad telah memusnahka­n senjata kimianya.”

Pada 2013, tentera Syria menggunaka­n senjata kimia dalam serangan ke atas kawasan pemberonta­k di Damsyik, mengorbank­an hampir 1,500 orang awam, termasuk lebih 400 kanak-kanak.

Video menyayat hati menunjukka­n mangsa berbuih di mulut dan mengalami kesan lain akibat serangan kimia menimbulka­n kemarahan di seluruh dunia.

Namun selepas ia kelihatan bahawa AS sedang menyediaka­n serangan udara jelas terhadap kerajaan Syria, Washington sebaliknya telah bersetuju pada saat akhir bagi satu perjanjian yang diaturkan oleh Moscow untuk menghantar senjata kimia Syria ke Rusia.

Pengkr i t ik mempersala­hkan keputusan kerana memalukan Rumah Putih, menggalakk­an Rusia untuk melancarka­n serangan udaranya sendiri di Syria yang telah membunuh ramai orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia