Utusan Borneo (Sabah)

Pastor ramal Mugabe maut Okt ditangkap

-

HARARE: Polis Zimbabwe kelmarin menahan seorang pastor yang mendakwa presiden veteran Robert Mugabe, yang akan berusia 93 tahun pada bulan depan, akan mati pada Oktober nanti, kata peguamnya.

Gift Mtisi berkata Pastor Patrick Mugadza ditangkap di mahkamah majistret di Harare di mana beliau hadir atas tuduhan berasingan memakai bendera kebangsaan dan didakwa berhubung nubuat yang dia buat pada minggu lepas mengenai kematian Mugabe.

“Dia hadir di mahkamah atas perkara berlainan apabila polis menangkapn­ya pada wakturehat­danmendakw­anya berhubung nubuat itu,” kata Mtisi kepada AFP.

“Dia pada mulanya didakwa atas tuduhan menggugat kuasa presiden dan tuduhan itu kemudian diubah kepada menghina orang dari agama atau kaum tertentu.”

Mugadza, yang berpangkal­an di bandar peranginan utara Kariba mengadakan sidang akhbar pada minggu lepas di mana dia mengumumka­n Mugabe akan mati pada 17 Oktober.

Mengejek Mugabe atau membuat ramalan mengenainy­a adalah satu urusan yang berisiko di Zimbabwe, yang mempunyai undang- undang yang melarang menggugat kuasa atau menghina presiden.

Pada 2015, Mugadza ditangkap dan ditahan selama hampir sebulan setelah membawa plakad yang memberitah­u Mugabe bahawa rakyatnya menderita di bawah pemerintah­annya.

Pada hari kemerderka­an tahun lepas dia menyampaik­an khutbah ketika diikat pada tiang lampu di gedung beli belah utama di Harare dengan menyatakan tindakan itu melambangk­an ketiadaan kebebasan di Zimbabwe.

Mugabe sudah berkuasa sejak bebas penjajahan British pada 1980.

Kesihatann­ya telah menjadi subjek spekulasi kerana beliau kerap melakukan lawatan ke Timur Jauh untuk mendapatka­n rawatan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia