Utusan Borneo (Sabah)

MRT bawa 1.2 juta penumpang dalam sebulan operasi

-

KUALA LUMPUR: Perkhidmat­an Transit Aliran Massa ( MRT) fasa pertama laluan Sungai BulohSeman­tan telah membawa 1.2 juta penumpang sehingga semalam, sejak mula beroperasi pada 16 Dis tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang, Rapid Rail Sdn Bhd, Muhammad Isom Azis berkata sepanjang tempoh perkhidmat­an secara percuma selama sebulan itu, MRT menerima 27,000 ke 30,000 pengguna secara purata setiap hari.

“Jumlah ini dikira memberangs­angkan memandangk­an laluan belum diintegras­ikan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media sempena Sesi Tinjauan Mesra bersama media di Stesen MRT Sungai Buloh, Selangor semalam.

Muhammad Isom berkata, pihaknya berharap jumlah penumpang akan bertambah kepada 40,000 hingga 50,000 sehari bermula semalam selari dengan usaha mempromosi­kan penggunaan perkhidmat­an MRT kepada umum.

“Kita juga meneruskan usaha untuk menggalakk­an pengguna menggunaka­n sistem tanpa tunai, yang bukan sahaja memudahkan per- jalanan, tetapi juga dikenakan tambang yang lebih rendah berbanding bayaran tunai mengikut jarak perjalanan, “katanya.

Beliau berkata operasi MRT yang memulakan sistem bayaran berkuat kuasa hari ini secara keseluruha­nnya berjalan lancar.

Perkhidmat­an fasa pertama MRT antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 stesen sejauh 21 kilometer meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Pengguna dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah sistem tanpa tunai bermula semalam.

Pelajar, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) ditawarkan diskaun 50 peratus.

Bagi fasa kedua, MRT SBK Line yang melibatkan laluan 30 kilometer untuk 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia