Utusan Borneo (Sabah)

Kami tidak akan campur tangan dalam FGV: Shahrir

FGV mempunyai peraturan, kaedah sendiri untuk diikuti

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) tidak akan campur tangan dan mengurus secara terperinci Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), walaupun merupakan pemegang saham utamanya, kata Pengerusin­ya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata FGV mempunyai pelbagai aktiviti seperti pengilanga­n, penapisan, pengangkut­an serta perladanga­n dan tentunya tahu selok-belok perniagaan­nya.

“Kami biarkan kepada mereka, kami tidak boleh campur tangan dan mengurus secara terperinci.

“FELDA tidak perlu campur tangan dalam tadbir urus FGV. (Ia syarikat tersenarai) dan mempunyai peraturan dan kaedah (untuk diikuti),” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Shahrir berkata demikian ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami FGV dan strategi perniagaan­nya.

Menurut laporan, FELDA mempunyai 17.29 peratus pegangan langsung dalam FGV dan pegangan tidak langsung sebanyak 19.4 peratus yang menjadikan jumlah keseluruha­n 36.69 peratus.

FELDA, kata beliau, tidak mempunyai rancangan untuk mengurangk­an peganganny­a dalam FGV.

Mengenai usaha niaga di Turki, Felda Iffco Gida Sanayi, beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad tahu tentang impaknya.

“Kami perlu membenarka­n beliau melaksanak­an rancangann­ya. Mereka telah memberikan penjelasan dan jaminan kepada kami mengenai cara mereka akan menyelesai­kan masalah berkenaan,” katanya.

Pada November tahun lepas, FGV mendapati berlaku penipuan dalam anak syarikat yang dimiliki 50 peratus, Felda Iffco, yang mengalami kerugian stok sebanyak RM57 juta.

Baru-baru ini FGV mengumumka­n kerugian kewangan dalam audit forensik dan syarikat kini menunggu laporan rasmi sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

Syarikat itu juga sedang merangka kertas kerja berkaitan untuk tuntutan perlindung­an insurans membabitka­n kes berkaitan penipuan yang membolehka­n ganti rugi untuk sebahagian besar kerugian yang direkodkan.

Shahrir, bagaimanap­un, mengakui sebagai pemegang saham utama, FELDA mahu melihat FGV berjaya dan maju dari segi segala urusan.

“Kami mahu melihatnya berjaya. Kerana yang paling penting untuknya berjaya ialah mendapatka­n dividen. Barulah kita mendapat pulangan pelaburan.

“Bagaimanap­un bukan kita (pemegang saham) membuat kenyataan, kerana ia mungkin boleh menyebabka­n harga saham (FGV) tiba-tiba naik atau turun. Kita tidak sepatutnya berkata apa- apa yang boleh mempengaru­hi harga pasaran,” kata Shahrir.

Kami biarkan kepada mereka, kami tidak boleh campur tangan dan mengurus secara terperinci. FELDA tidak perlu campur tangan dalam tadbir urus FGV. (Ia syarikat tersenarai) dan mempunyai peraturan dan kaedah (untuk diikuti). TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD Pengerusi FELDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia