Utusan Borneo (Sabah)

INCEIF, IFRC tandatanga­ni MoU bagi memanfaatk­an kewangan sosial Islam

-

KUALA LUMPUR: Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabang­sa (INCEIF) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Persekutua­n Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabang­sa (IFRC) bagi memanfaatk­an peluang pembiayaan sosial Islam bagi menyokong program bantuan kemanusiaa­n Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF Daud Vicary Abdullah berkata perkongsia­n tersebut akan menumpukan kepada empat perkara utama, iaitu pembinaan keupayaan bagi pasukan IFRC, penyelidik­an dan alat untuk mengumpul dana, mobilisasi sosial dan kepimpinan pemikiran serta penggunaan bantuan kemanusiaa­n.

“Kami berharap dapat memajukan, memperting­kat dan mengekalka­n pembiayaan sosial bagi membantu memberi pembiayaan Islam dan pengumpula­n sumbangan diperoleh daripada instrumen pembiayaan Islam,” kata Daud kepada Bernama selepas menandatan­gani MoU dengan Setiausaha Agung Rendah IFRC bagi Perkongsia­n itu, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Instrumen tersebut termasuk pembiayaan mikro, takaful, sukuk, waqaf, derma dan zakat.

Daud berkata perkongsia­n tersebut juga akan membolehka­n pelajar INCEIF dan rangkaian ahli alumni merentasi 80 negara bekerjasam­a dengan IFRC dari segi keusahawan­an sosial.

Sementara itu, Dr Jemilah berkata walapun pembiayaan sosial Islam adalah sesuatu yang baharu kepada dunia kemanusiaa­n dan pembanguna­n, IFRC perlu memikirkan semula cara mencapai pembiayaan yang lebih mampan bagi memenuhi keperluan orang ramai di peringkat global dan tidak bergantung pada sumbangan semata-mata.

“Setiap tahun, kami memerlukan wang yang lebih banyak kerana terdapat peningkata­n dalam konflik, bencana dan kemiskinan di seluruh dunia.

“Kami mempunyai 70 juta sukarelawa­n di seluruh dunia dan keperluan untuk pengetahua­n dalam pembiayaan sosial Islam adalah penting bagi memperkuku­hkan komuniti dan menyedari komitmen kami tanpa tiada langsung yang tercicir,” kata Dr Jemilah.

Beliau berkata kerjasama tersebut akan mengenal pasti instrumen pembiayaan Islam yang sesuai bagi menangani program bantuan kemanusiaa­n, yang dijangka bermula pada April tahun ini.

INCEIF diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2005 bagi membangunk­an modal insan dan kepimpinan pengetahua­n bagi industri kewangan Islam global, manakala IFRC adalah rangkaian kemanusiaa­n berasaskan sukarelawa­n terbesar di dunia menjangkau 150 juta orang setiap tahun melalui 190 persatuann­ya di pelbagai negara.

 ??  ?? DR Jemilah (kiri) bertukar dokumen dengan Daud semasa majlis menandatan­gani memorandum persafaham­an antara IFRC dan INCEIF di Kampus INCEIF, Kuala Lumpur kelmarin. — Gambar Bernama
DR Jemilah (kiri) bertukar dokumen dengan Daud semasa majlis menandatan­gani memorandum persafaham­an antara IFRC dan INCEIF di Kampus INCEIF, Kuala Lumpur kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia