Utusan Borneo (Sabah)

Menara SSI bakal mercu tanda baharu bandar raya Ipoh

-

IPOH: Menara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah di sini, bakal menjadi mercu tanda baharu bandar raya Ipoh, apabila ia siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Datuk Aminudin Hashim berkata menara SSI setinggi 11 tingkat di tapak seluas 0.6 hektar itu, dibangunka­n oleh anak syarikat milik MB Inc iaitu MH Amanjaya Properties Sdn Bhd dan Man Hoe Properties Sdn Bhd dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM100 juta.

Beliau berkata menara yang terletak di lokasi strategik itu merupakan inisiatif ke arah merealisas­ikan Gagasan Perak Amanjaya iaitu dengan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan, pekerjaan, pelaburan serta kemudahan.

Aminuddin berkata dengan siapnya menara itu nanti, ia akan menjadi ibu pejabat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang sebelum ini berpusat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Menara SSI yang merupakan projek kediaman berkon- sepkan SOHO iaitu ‘Small Office Home Office’ atau ‘pejabat kecil, pejabat rumah’ itu menyediaka­n kemudahan komersial serta berkonsepk­an pembanguna­n bercampur yang turut menempatka­n sebuah hotel, klinik, kedai serta kafeteria, katanya.

“Projek Ipoh SOHO yang melibatkan pembinaan Menara SSI ini dapat meng- gariskan kerjasama yang erat antara SSI dan MBI Inc,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan menara berkenaan di sini kelmarin.

Majlis penyerahan Menara SSI itu disempurna­kan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan di sini kelmarin.

 ??  ?? ABDUL Puhat (empat kanan) menyaksika­n majlis Penyerahan Menara SSI oleh Aminudin (dua kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Azizul Rahman Mohammad (dua kiri) di Ipoh kelmarin. — Gambar Bernama
ABDUL Puhat (empat kanan) menyaksika­n majlis Penyerahan Menara SSI oleh Aminudin (dua kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Azizul Rahman Mohammad (dua kiri) di Ipoh kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia