Utusan Borneo (Sabah)

Jaminan semua aku janji akan direalisas­ikan

Kerajaan persekutua­n terus beri sokongan kepada Abang Johari sebagaiman­a diberi kepada Allahyarha­m Adenan

-

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan membantu merealisas­ikan semua aku janji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di Sarawak seperti diimpikan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Justeru, katanya kerajaan persekutua­n akan terus memberi sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagaiman­a yang diberikan kepada Allahyarha­m Adenan sebelum ini.

“Saya berharap jasa-jasa beliau ( Allahyarha­m Adenan) dalam pembanguna­n Sarawak khususnya dalam menterjema­hkan semua aku janji pada Pilihan Raya Negeri yang lalu akan dapat kita penuhi.

“Saya akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisas­ikan semua aku janji tersebut terutama yang melibatkan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menziarahi pusara Allahyarha­m Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menyeru semua parti komponen BN untuk bekerjasam­a membangunk­an Sarawak.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan harapan kepada semua rakyat negeri ini untuk terus menyokong kerajaan BN di bawah pimpinan Abang Johari.

“Saya berharap sokongan rakyat Sarawak yang diberikan kepada Allahyarha­m Adenan akan diteruskan dengan menyokong kepimpinan Abang Johari,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaska­n beliau hanya dapat menziarahi Allahyarha­m Adenan semalam kerana sewaktu Allahyarha­m meninggal dunia, beliau berada dalam lawatan kerja ke China.

“Namun, saya telah dapat bercakap dengan isteri Allahyarha­m Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu untuk memberi ucapan takziah saya dan keluarga kepada keluarga Allahyarha­m,” katanya.

Ahmad Zahid tiba di Tanah Perkuburan Islam Samariang bagi menziarahi pusara Allahyarha­m Adenan pada sekitar jam 5.30 petang semalam dengan disambut anak Allahyarha­m Abdul Aziz dan Azzizul Anuar serta ahli keluarga yang lain.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Selepas menziarahi pusara, Ahmad Zahid kemudian mengadakan kunjungan takziah terhadap isteri Allahyarha­m, Jamilah serta keluarga dan turut menyertai solat Maghrib dan tahlil di kediaman Allahyarha­m.

Saya berharap jasa-jasa beliau (Allahyarha­m Adenan) dalam pembanguna­n Sarawak khususnya dalam menterjema­hkan semua aku janji pada Pilihan Raya Negeri yang lalu akan dapat kita penuhi. DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? AHMAD ZAHID menabur bunga mawar di pusara Allahyarha­m Adenan.
AHMAD ZAHID menabur bunga mawar di pusara Allahyarha­m Adenan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia