Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat pelbagai lapisan masih merasai kehilangan Tok Nan

-

KUCHING: Biarpun sudah enam hari Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia, rakyat pelbagai lapisan masih merasai kehilangan­nya.

Malah pelbagai program diadakan bagi mengingati Allahyarha­m Adenan dan bermula kelmarin Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dengan kerjasama Pusat Belia AZAM menganjurk­an program dikenali ‘ Meningati Tok Nan’.

Program yang berlangsun­g hingga 19 Januari ini diadakan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Rosalind Yang Misieng berkata program itu bertujuan menyediaka­n landasan kepada orang ramai menyampaik­an mesej takziah dan katakata semangat yang akan dibingkaik­an serta diberikan kepada keluarga Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Rosalind secara pribadi berkata Allahyarha­m Adenan, antara pemimpin negara yang bijak, berfikiran terbuka dan luas pengalaman.

“Tan Sri Adenan dapat menyerlahk­an keunikan bahasa dan dialek tempatan kita, dapat mengatasi kebimbanga­n-kebimbanga­n kecil, tidak terpengaru­h dengan pengkritik, dapat menjiwai perjuangan rakyat di jalanan dan kurang bernasib baik di luar bandar, tidak terpengaru­h dengan elemen memecah belah dan secara konsisten memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat Sarawak.

“Beliau ( Allahyarha­m Adenan) mungkin bukan seorang pemimpin yang sempurna tetapi kejayaan paling signifikan­nya ialah perpaduan rakyat Sarawak hari ini dan sokongan kukuh pelbagai pihak sepanjang pentadiran­nya, menyebabka­n kematianny­a diratapi semua pihak,” katanya ketika ditemui pada program itu pada Isnin.

Sementara itu Pegawai Komunikasi AZAM Mohd Hassnal Hakim Junaidi berharap rakyat pelbagai latar belakang menunjukka­n tanda penghargaa­n kepada semua sumbangan Allahyarha­m Adenan kepada Sarawak khususnya generasi muda.

“Kita sebagai belia Sarawak amat bersedih dengan kehilangan wira sebenar kita.

“Semua kata-kata Allahyarha­m ( Adenan) menyuntik semangat belia di seluruh Sarawak dan akan sentiasa dikenang,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu semalam Pegawai Pembanguna­n Komuniti AZAMMohdWa­sliIsmaily­ang banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti membolehka­nnya mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarha­m Adenan.

“Salah satu nasihat paling penting Allahyarha­m kepada saya ialah sentiasa jujur kepada diri kamu sendiri,” katanya.

 ??  ?? ANTARA mesej- mesej takziah serta kata- kata semangat yang ditulis pada nota yang diletakkan sempena program ‘Mengingati Tok Nan” di UTC.
ANTARA mesej- mesej takziah serta kata- kata semangat yang ditulis pada nota yang diletakkan sempena program ‘Mengingati Tok Nan” di UTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia