Utusan Borneo (Sabah)

PKDBS fokus program kemasyarak­atan luar bandar

-

SIBU: Pertubuhan Kebajikan Dayak Bersatu Sarawak (PKDBS) akan memfokuska­n program kemasyarak­atan luar bandar mulai tahun ini.

Presidenny­a Datuk Joseph Unggu berkata paling diutamakan usaha membantu penyelesai­an masalah kad pengenalan (MyKad) dan surat beranak di kalangan masyarakat luar bandar.

“PKDBS sentiasa ke luar bandar menjalanka­n program kemasyarak­atan dalam usaha membantu kerajaan berkhidmat kepada rakyat.

“Kita akan menyokong usaha pemimpin Dayak menyelesai­kan isu ‘Pulau Galau’ dan ‘Pemakai Menoa’,” katanya ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi (MT) PKDBS Sarawak 2017 di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, PKDBS akan lebih komited menangani masalah- masalah penduduk luar bandar bagi menggerakk­an pergerakan pertubuhan mereka.

“PKDBS umpama payung masyarakat Dayak dan menjaga kebajikan mereka menerusi program kemasyarak­atan ini.

“Saya minta ahli PKDBS memberi komitmen tinggi terhadap masyarakat demi menjaga nama baik pertubuhan,” jelasnya.

Joseph juga mahu PKDBS digerakkan untuk manfaat masyarakat Dayak dan tidak disalahgun­akan atas sebab tertentu atau agenda peribadi orang dalaman.

“PKDBS hendaklah memainkan peranan dengan tepat dan kebaikan masyarakat kita sendiri.

“Marilah kita gunakannya dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama masyarakat Dayak di negeri ini,” tambahnya.

Sementara itu, Joseph mewakili PKDBS merakamkan tahniah kepada Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg atas pelantikan­nya.

Sebelum mesyuarat, hadirin turut bertafakur seminit bagi memperinga­ti Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau memberitah­u, PKDBS mempunyai seramai 23,000 ahli di bawah sembilan cawangan di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri dan pendaftara­nnya diluluskan oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) pada 2 Disember 2015.

Jawatankua­sa MT PKDBS terdiri daripada Mujan King dan Warren Fender masing-masing dipilih timbalan presiden manakala jawatan naib presiden dipegang Henry Kilah Talek mewakili Orang Ulu, Ivonson Kwee (Bidayuh) dan Tuai Rumah Kemarau Agat (Iban).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia