Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dicekup sembunyi dadah, lelaki ditahan jual nombor ekor haram

-

LIMBANG: Hasrat seorang penganggur mendapatka­n keuntungan menjual benda haram memakan diri apabila tindakanny­a menyembuny­ikan dadah jenis syabu terbongkar di Jalan Limpaku baharu di sini Jumaat lalu.

Ketika kejadian suspek yang berusia 20 tahun dari Kampung Limpaong, menunggang motosikaln­ya di kawasan terbabit ditahan polis jam 12.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata hasil pemeriksaa­n di bawah tempat duduk motosikal tersebut, polis menjumpai satu peket plastik di dalamnya mengandung­i 21 tiub straw dan satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu.

“Suspek yang sudah berkahwin juga positif dadah amphethami­ne hasil saringan awal polis yang dilakukan ke atasnya,” katanya di sini pada Isnin.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Dalam kes berasingan, Mohd Bukhori berkata seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan nombor ekor haram di belakang sebuah pasar raya, Jalan Bangkita di sini Sabtu lalu.

“Antara barang dirampas termasuk wang tunai RM88, seunit telefon bimbit, kertas tertera nombor empat angka dan beberapa peralatan dipercayai digunakan menjalanka­n kegiatan penjualan nombor ekor haram,” katanya.

Suspek dan barang rampsan kemudianny­a dibawa ke IPD Limbang untuk siasatan di bawah seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia