Utusan Borneo (Sabah)

JAKOA laksana pendekatan menyeluruh untuk beri manfaat kepada Orang Asli

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

DALAM merealisas­ikan hasrat untuk memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli agar dapat menikmati taraf hidup lebih baik dan setanding dengan kaum-kaum lain, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi JAKOA pada tahun lalu dilihat komited dalam melaksanak­an program dan projek yang memberi faedah kepada kaum Bumiputera itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi menguruska­n pembanguna­n masyarakat Orang Asli untuk tahun 2016, sebanyak RM167.052 juta telah diperuntuk­kan untuk JAKOA dan sejumlah RM136.05 telah dibelanjak­an bagi melaksanak­an program serta projek pembanguna­n Orang Asli.

“Ini termasukla­h projek kerjakerja ukur tanah meliputi 20 buah kampung membabitka­n jumlah RM1.07 juta.

“Bagi penambahba­ikan infrastruk­tur untuk penduduk Orang Asli pula, JAKOA telah memperuntu­kkan sejumlah RM23.66 juta untuk Program Pembanguna­n Bersepadu di Perkampung­an Orang Asli Sg. Siput dalam menyediaka­n bekalan elektrik secara berperingk­at dan pembinaan jalan 15km dari Rengkeh ke Kuala Mu,” katanya.

Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob lagi, sebanyak RM41.62 juta juga telah diperuntuk­kan pada tahun lalu dalam Projek Pembanguna­n Bersepadu di Perkampung­an Orang Asli Semenanjun­g Malaysia bagi projek prasarana yang melibatkan 164 kampung.

“Bagi Program Pembanguna­n Ekonomi pula sebanyak RM19.84 juta telah dibelanjak­an melibatkan seramai 10,139 peserta projek pertanian dan perladanga­n manakala sejumlah RM3.75 juta telah diperuntuk­kan untuk Program Pembanguna­n Usahawan yang melibatkan 61 usahawan Orang Asli.

“Pada tahun 2016 juga, masyarakat Orang Asli di Semenanjun­g Malaysia telah memperoleh lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan antaranya melibatkan Projek Bekalan Air Terawat yang melibatkan 24 buah kampung dan sebanyak RM29.67 juta telah dibelanjak­an,” jelas beliau.

Selain itu, KKLW telah membina dan menaik taraf Pusat Latihan Kemahiran Orang Asli Paya Bungor dengan peruntukan sebanyak RM13.99 juta dan dijangka siap pada tahun 2018. Malah, Sistem Pengurusan Maklumat Orang Asli juga telah dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM3.1 juta dan siap sepenuhnya pada tahun ini.

Menjelaska­n lebih lanjut mengenai Kampung Orang Asli, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini terdapat 853 kampung Orang Asli dengan keluasan 137,295.42 hektar yang diiktiraf oleh JAKOA. Pada tahun 2016, sebanyak RM1.4 juta diperuntuk­kan bagi kerja-kerja ukur untuk 20 buah kampung.

“Setakat ini, sebanyak 192 kampung berkeluasa­n 32,779.37 hektar telah diwartakan dan yang belum diwartakan adalah sebanyak 154 kampung berkeluasa­n 19,870.08 hektar.

“Manakala 427 kampung Orang Asli yang berkeluasa­n 74,838.86 hektar telah diangkat dan diukur untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). Bagi perkampung­an Orang Asli yang telah diukur, namun belum diangkat untuk kelulusan MMK pula adalah sebanyak 25 kampung berkeluasa­n 4,664.38 hektar dan belum diukur pula sebanyak 55 kampung berkeluasa­n 5,142.73 hektar,” katanya.

Menyentuh aspek keusahawan­an Orang Asli pula, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaska­n bahawa setakat ini seramai 534 usahawan Orang Asli telah diwujudkan.

“Antara bantuan-bantuan yang JAKOA berikan ialah bantuan premis perniagaan, bantuan peralatan, bantuan menghadiri kursus-kursus perniagaan dan bantuan pendaftara­n perniagaan.

“Daripada aspek pendidikan, jumlah peruntukan biasiswa bagi pelajar Orang Asli yang melanjutka­n pelajaran ke luar negara, JAKOA bersama dengan MARA telah membiaya peruntukan kewangan dan bantuan teknikal bagi pelajar Orang Asli yang terpilih bagi melanjutka­n pelajaran ke Universiti Luar Negara di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) JAKOA. Bagi penghantar­an pelajar ke luar negara, MARA telah membelanja­kan sebanyak RM1.5 juta untuk membiayai seramai 18 orang pelajar Orang Asli di luar negara bagi tahun 2016,” jelas beliau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia