Utusan Borneo (Sabah)

Bravo tertekan, City buru penjaga gol baharu

-

MANCHESTER, England: Manchester City difahamkan akan mencari penjaga gol baharu pada musim panas akan datang ketika tekanan semakin meningkat ke atas penjaga gol sedia ada, Claudio Bravo.

Penjaga gol antarabang­sa Chile itu bolos empat gol ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali gus memberikan kekalahan terburuk Pep Guardiola sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih.

Bravo dikritik kerana prestasi hambar sejak dibeli dari Barcelona dengan nilai 15.4 juta pound pada bulan Ogos, ekoran keputusan mengejut Guardiola melepaskan penjaga gol Joe Hart.

Dengan penjaga gol simpanan, Willy Caballero dijangka meninggalk­an kelab apabila kontraknya berakhir pada akhir musim ini, City harus membuat keputusan sama ada membeli seorang lagi penjaga gol sokongan atau membawa penjaga gol terkenal untuk menggantik­annya.

Kelab mempunyai pilihan membeli semula Geronimo Rulli dengan nilai 13.2 juta pound, selepas penjaga gol dari Argentina itu menyertai City dengan nilai 4 juta pound pada musim panas lepas tetapi dijual kepada Real Sociedad selepas satu tempoh pinjaman.

Mereka juga memantau perkembang­an Ederson dari Benfica dan penjaga gol Sunderland, Jordan Pickford.

Difahamkan, seorang lagi penjaga gol dari Barcelona, Marc-Andre ter Stegen, adalah pilihan pertama Guardiola sebelum mendapatka­n Bravo dari bekas kelabnya.

Hart, yang mempunyai kontrak di City sehingga 2019 tetapi dipinjamka­n satu musim di Torino, akan kembali ke City pada musim panas akan datang tetapi tetap dijangka tidak berada dalam perancanga­n Guardiola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia