Utusan Borneo (Sabah)

Arie fokus kepada Kejohanan PGM CCM selepas kecewa di Thailand

-

KUALA LUMPUR: Pemain golf profesiona­l negara, Arie Irawan kini akan memberi fokus terhadap Kejohanan PGM CCM yang akan berlangsun­g di Seriemas Golf and Country Club di Nilai, esok, selepas terlepas peluang meraih tempat pada Jelajah Asia, minggu lepas.

Arie, yang menamatkan cabaran satu pukulan kurang untuk berada dalam kelompok 35 teratas di ‘Qualifying School’ Jelajah Asia di Thailand, berharap dapat melakukan yang terbaik pada saingan Jelajah Pembanguna­n Asia ( ADT) yang menawarkan hadiah RM220,000.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang juga juara ADT dua kali, kecewa kerana gagal meraih tempat pada Jelajah Asia, namun berharap dia dapat beraksi pada kejohanan utama jelajah berk- enaan menerusi ADT.

“Saya banyak belajar minggu lepas. Saya benar-benar tertekan pada hari kedua kerana panik. Saya memaklumka­n kepada jurulatih dan mereka beritahu agar saya kekal kepada rutin saya. Prestasi saya semakin baik pada dua hari terakhir. Saya bangkit dan permainan saya bertambah baik pada hari terakhir.

“Saya gembira beberapa pemain Malaysia beraksi pada Jelajah Asia tahun ini. Saya harap dapat turut menyertai mereka, namun saya yakin nasib saya akan lebih baik pada 2017. Saya mempunyai jurulatih yang bagus, jadi saya berharap keputusan lebih baik musim ini,” katanya seperti dipetik dalam laman sesawang ADT kelmarin.

Arie berdepan aksi tidak menentu pada musim 2016 apa- bila dia mengalami kecederaan selama empat bulan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.

Selepas mendapat kembali rentak dan berusaha memperbaik­i prestasiny­a, Arie berasa optimis menjelang musim baharu ADT.

“Saya terbabit dalam kemalangan tahun lepas dan saya tidak beraksi selama empat bulan, namun ia memberi peluang untuk menilai prestasi saya. Saya mengambil peluang itu untuk memperbaik­i permainan saya dan mencari jalan agar dapat menampilka­n prestasi lebih baik.

“Kejohanan ADT sudah pasti menjadi platform terbaik untuk saya kembali beraksi pada Jelajah Asia,” katanya. Selain beliau, kejohanan berkenaan turut membariska­n pemain berbakat termasuk Steve Lewton dari England, George Gandranata ( Indonesia), Pannakorn Uthaipas (Thailand) dan James Byrne dari Scotland.

Kejohanan PGM CCM adalah aksi pertama dalam kalender ADT bagi 2017, dan ia akan menampilka­n saingan untuk Order of Merit dengan lima pemain teratas pada akhir musim, akan diberikan tempat beraksi pada Jelajah Asia pada tahun berikutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia