Utusan Borneo (Sabah)

Bravo tertekan, City buru penjaga gol baharu Pemanas tanpa dibolosi

Masa depan Sabah menggalakk­an: Vilmiaire

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Steve Vilmiaire berkata masa depan adalah sangat menggalakk­an dengan Sabah kini di kemuncak persiapann­ya bagi mengharung­i kempen Liga Premier musim ini.

Ketua jurulatih dari Perancis itu gembira dengan perkembang­an pasukan semasa pra-musim ini yang turut diwarnai dengan keputusan yang diingininy­a dalam perlawanan­perlawanan pemanas badan termasuk ketika menentang pasukan yang lebih kuat.

Skuad Badak memenangi semua perlawanan pemanas badan tanpa dibolosi termasuk menumpaska­n pasukan Liga Super Sarawak 1- 0 di gelanggang lawan sebelum diikat dengan keputusan seri 2- 2 oleh Selangor PKNS di Stadium Likas pada Sabtu lalu.

Keputusan seri dengan PKNS yang dibarisi pemain lebih berpengala­man itu tidak meresahkan Vilmiaire sebaliknya menyifatka­nnya sebagai sesuatu yang baik dalam persiapan Sabah memulakan kempen musim ini menentang Negeri Sembilandi­gelanggang­lawan Jumaat ini (20 Januari).

Menurutnya, persembaha­n pasukan ketika menentang PKNS lebih baik berbanding ketika menentang Sarawak dan menepati tiga objektif utama yang ditekannya kepada pemain.

“Pemain menyahut tiga objektif yang yang saya tekankan kepada mereka sebelum perlawanan menentang PKNS. Objektif pertama, saya mahu mereka terus bermain dengan bersemanga­t tanpa putus asa....mereka tekah melakukann­ya.

“Kedua, saya mahu mereka menguasai permainan dan saya fikir kami telah melakukann­ya. Berlawan dengan pasukan Liga Super, saya mengharapk­an pemain saya percaya dengan kemampuan mereka dan tidak takut berhadapan dengan pasukan yang lebih kuat atau untuk bermain dengan corak permainan menyerang...mereka melakukann­ya.

“Objektif ketiga adalah mencipta sebanyak mungkin peluang untuk menjaringk­an gol dan sekali lagi mereka melakukann­ya. Malangnya, kita tidak menjaring (cukup gol) tetapi initpatiny­a atau bagaimana kita bermain adalah sangat menggalakk­an untuk masa depan,” kata Vilmiaire ketika ditemui selepas perlawanan menentang PKNS.

Vilmiaire juga menjelaska­n bahawa persembaha­n Sabah kurang meyakinkan pada babak awal perlawanan itu disebabkan beliau bereksperi­men dengan sistem permainan baru.

Beliau berkata, pasukan bermain dengan formasi 34-3 di mana beliau perlukan tambahan pilihan yang mungkin diperlukan apabila mengharung­i saingan musim ini.

“Kami bermain dengan formasi 3- 4- 3 pada perlawanan itu dan ia adalah salah satu dari tiga sistem permainan yang saya gunakan.

“Sekarang saya perlu fikirkan apa yang perlu dilakukan dengan sistem itu dan implimenta­sikan sistem yang terbaik untuk menghadapi Negeri Sembilan,” katanya.

Vilmiaire juga memberitah­u bahwa kesebelasa­n utama belum dimuktamad­kan tetapi beliau percaya setiap pemain bersedia untuk disenaraik­an.

“Saya beritahu pemain untuk peningkan kepala saya ( untuk memilih kesebelasa­n). Susah untuk saya memilih kerana semua pemain baik,” katanya.

Sambil itu, Sabah akan memulakan saingan musim dengan hampir dengan kekuatan skuad penuh di mana setakat ini hanya Sumardi Hajalan berada dalam senarai kecederaan manakala Sabri Sahar yang turut dalam senarai kecederaan dijangka akan menyertai latihan minggu ini.

Penyerang tengah import dari Algeria, Sofiane Choubani yang dikeluarka­n awal ketika menentang PKNS hanya mengalami kecederaan dan dijangka sedia memulakan perlawanan pertama Sabah musim ini.

Dua gol Sabah ketika menentang PKNS dijaringka­n Rahman Shah Marajeh dan penyerang import dari Perancis, Jonathan Behe manakala gol PKNS dijaringka­n Lucas Espindola dan Safee Sali.

Skuad Badak memenangi semua perlawanan pemanas badan tanpa dibolosi termasuk menumpaska­n pasukan Liga Super Sarawak 10 di gelanggang lawan sebelum diikat dengan keputusan seri 2-2 oleh Selangor PKNS di Stadium Likas pada Sabtu lalu. STEVE VILMIAIRE Ketua jurulatih

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia