Utusan Borneo (Sabah)

Lakaran kenangan terindah

Program SWU Korea di SMK Ranau dari 10-16 Januari

- Oleh JAINUDIN NASIR

PROGRAM Seoul Women’s University (SWU) Global Service Learning Korea Selatan di SMK Ranau dari 10 hingga 16 Januari lepas meninggalk­an kenangan terindah dalam kalangan pelajar tempatan dan mahasiswi luar negara.

Ia juga dilihat sebagai satu usaha oleh pihak SMK Ranau ke arah pembelajar­an global menerusi kerjasama dengan negara-negara Asian.

Pengetua SMK Ranau Barizah Mohd Kahar ketika berucap pada majlis penutupan program itu di Dewan Perdana sekolah itu berharap pihak SWU Korea berasa seronok dan gembira selama menjadi keluarga angkat kepada guru-guru di SMK Ranau.

“Kita berharap kesemua sembilan mahasiswi SWU yang diiringi Prof Ryu Sook Young telah mendapat sedikit-sebanyak ilmu pengetahua­n berhubung corak kehidupan tempatan termasuk kesenian dan budaya, kraftangan, makanan serta pakaian masyarakat tempatan yang mungkin boleh diaplikasi­kan dalam pengajian di universiti kelak,” katanya.

Beliau mewakili warga sekolah berterima kepada SWU Korea dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent kerana telah memilih SMK Ranau sebagai lokasi menjalanka­n program Global Service

Learning tahun ini. Katanya program itu memberi banyak pendedahan berguna kepada pelajar mengenai budaya dan tradisi masyarakat Korea Selatan, terutama dari segi seni dan budaya serta pakaian penduduk di negara berkenaan.

Sementara dalam ucapannya, Ryu berterima kasih kepada warga SMK Ranau kerana memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program SWU Global Service Learning

itu. “Kami amat terhutang budi kepada anda semua terutama Pengetua Barizah Kahar, guruguru keluarga angkat serta pelajar sekalian, yang telah bekerjasam­a serta membantu kami menjayakan program ini di sini.

“Daerah Ranau khususnya SMK Ranau tetap dalam ingatan kami buat selamanya. Kami berharap ada warga sekolah terutama pelajar dapat melawat ke negara Korea pada masa akan datang,” katanya.

Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran Romli Darus dalam ucapannya memuji warga SMK Ranau dan pihak SWU Korea kerana telah bermuafaka­t menjayakan program yang julungkali diadakan di daerah itu.

Beliau berharap menerusi program seumpama itu, kedua-dua pihak telah menjalinka­n hubungan sambil bertukar pengetahua­n tentang budaya dan kesenian antara penduduk tempatan dan Korea Selatan, yang telah menonjolka­n kepesatan pembanguna­n ekonomi berasaskan ilmu pengetahua­n dalam konteks pendidikan global.

Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG SMK Ranau Aduka Jasnin Suman, Noratiqah Marukau dan Joseph Nandu (kedua-duanya dari IPG Kampus Kent Tuaran).

Majlis yang turut diserikan dengan persembaha­n kebudayaan oleh para pelajar SMK Ranau itu berakhir dengan penyampaia­n cenderahat­i dan sesi merakam gambar sebelum rombongan SWU Korea itu bertolak ke SMK Bundu Tuhan Ranau untuk meneruskan program serupa dari 16 hingga 19 Januari ini.

 ??  ??
 ?? (Gambar kiri) ?? PELAJAR SWU Korea Selatan bersama guru keluarga angkat mereka.
(Gambar bawah) PELAJAR
SMK Ranau sempat merakamgam­barkenanga­n bersama mahasiswi SWU Korea.
(Gambar kiri) PELAJAR SWU Korea Selatan bersama guru keluarga angkat mereka. (Gambar bawah) PELAJAR SMK Ranau sempat merakamgam­barkenanga­n bersama mahasiswi SWU Korea.
 ??  ?? RYU (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Bariza sambil diperhatik­an Jasnin (tengah).
RYU (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Bariza sambil diperhatik­an Jasnin (tengah).
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) MAHASISWI SWU Korea merakam gambar bersama guru keluarga angkat mereka. (Gambar kiri) RYU menerima kain rentang ‘Selamat Berpisah’ daripada pemain tarian singa SMK Ranau, diperhatik­an Barizah.
(Gambar atas) MAHASISWI SWU Korea merakam gambar bersama guru keluarga angkat mereka. (Gambar kiri) RYU menerima kain rentang ‘Selamat Berpisah’ daripada pemain tarian singa SMK Ranau, diperhatik­an Barizah.
 ??  ?? MAHASISWI SWU Korea dan guru-guru SMK Ranau menyanyika­n lagu Negara Ku dan lagu kebesaran Korea selatan ‘Aegukga’.
MAHASISWI SWU Korea dan guru-guru SMK Ranau menyanyika­n lagu Negara Ku dan lagu kebesaran Korea selatan ‘Aegukga’.
 ??  ?? DARI kiri; Jasnin, Romli, Barizah dan rombongan SWU Korea Selatan masuk ke dewan disambut dengan tarian singa oleh pelajar SMK Ranau.
DARI kiri; Jasnin, Romli, Barizah dan rombongan SWU Korea Selatan masuk ke dewan disambut dengan tarian singa oleh pelajar SMK Ranau.
 ??  ?? WARGA sekolah merakam gambar kenangan bersama para tetamu khas dan pelajar SWU Korea Selatan.
WARGA sekolah merakam gambar kenangan bersama para tetamu khas dan pelajar SWU Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia