Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Tahun Baharu Cina Ranau pada 18 Februari depan

- - Oleh JAINUDIN NASIR

Tionghua Ranau dan Persatuan Hakka Daerah Ranau akan menganjurk­an Pesta Tahun Baharu Cina 2017 pada 18 Februari depan di Ranau Hakka Food Court bermula jam 6 petang.

Presiden Persatuan Hakka Daerah Ranau Datuk Jimmy Tham Yuk Leong memberitah­u persiapan pesta kini berjalan lancar, termasuk menubuhkan jawatankua­sa yang diketuainy­a dengan dianggotai Tiu Fui Khiong, Bernard Yong, Voo Heng Siong, Liew Hon Chan dan Pengerusi Penganjur Davin Tham.

Beliau berkata pesta itu adalah untuk meneruskan tradisi kaum Cina dan juga memberi peluang kepada semua penduduk Ranau merapatkan hubungan antara satu sama lain.

“Majlis akan menjemput Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Keranaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai tetamu kehormat.

“Majlis juga menjemput Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin, dan Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Tionghua Ranau dan Persatuan Hakka Daerah Ranau Datuk Abidin Madingkir.

Jimmy berkata selain merayakan Pesta Tahun Baharu Cina Ranau, mereka juga ingin mengambil kesempatan untuk menjalanka­n Kempen Kutipan Wang untuk Persatuan Thalasemia Ranau dan Persatuan Sukarelawa­n Kanser Ranau.

“Pada majlis itu nanti, hadirin akan dihiburkan oleh persembaha­n penyanyi tempatan, persembaha­n daripada sekolah rendah dan tadika Cina, tarian singa, cabutan tiket bertuah, dan banyak lagi,” katanya.

 ??  ?? JIMMY (duduk, lima dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa yang lain.
JIMMY (duduk, lima dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia