Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan yang memerlukan, 120 murid Tahun Satu terima sumbangan beg

120 murid Tahun Satu terima sumbangan beg

-

SANDAKAN: Seramai 120 murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Batu Putih menerima sumbangan begsekolah­sempenaPro­gram ‘Back To School’ anjuran Wanita Umno Libaran, di sini, kelmarin.

Penyerahan sumbangan disempurna­kan Ketua Wanita Umno Libaran Datuk Armani Mahiruddin.

Menurut Armani yang juga Ketua Wanita Umno Sabah, program berkenaan adalah respon kepada seruan kerajaan yang mahukan penglibata­n Badan Perhubunga­n seperti Wanita Umno melaksanak­an jalinan kerjasama dengan pihak sekolah.

“Saya tahu, kerajaan tidak mampu melaksanak­an secara bersendiri­an dan sentiasa mengharapk­an jalinan kerjasama daripada semua pihak, termasuk sektor korporat, NGO, pertubuhan sukarela kebajikan dan masyarakat umum.

“Sektor awam, khususnya sekolah, sangat memerlukan kerjasama daripada masyarakat dalam membentuk sahsiah murid-murid. Kita maklum, tanggungja­wab mendidik itu bukan terletak di bahu seorang guru semata-mata,” katanya yang juga Exco Wanita Umno Malaysia.

Oleh itu, beliau menggalakk­an dan mengalualu­kan penglibata­n sektor korporat atau mana- mana pihak untuk mengadakan program bersama dengan pihak sekolah bagi meningkatk­an kesejahter­aan hidup kanak-kanak ke arah kecemerlan­gan.

“Sumbangan dan bantuan tidak terhad dalam bentuk kewangan atau material semata-mata. Sekiranya kita dapat meluangkan masa, tenaga dan sokongan secara mental dan spiritual, kita juga mampu menjana perubahan dan membawa seribu makna kepada murid- murid yang memerlukan,” katanya.

Armani yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah mengharapk­an agar sumbangan itu dapat meringanka­n sedikit kepayahan mereka yang memerlukan.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Batu Putih Haji Hanif Ali dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Zahari Mohd Sanit.

Saya tahu, kerajaan tidak mampu melaksanak­an secara bersendiri­an dan sentiasa mengharapk­an jalinan kerjasama daripada semua pihak, termasuk sektor korporat, NGO, pertubuhan sukarela kebajikan dan masyarakat umum. DATUK ARMANI MAHIRUDDIN Ketua Wanita Umno Libaran

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ARMANI menyampaik­an sumbangan beg kepada salah seorang murid Tahun Satu SK Kg Batu Putih.
ARMANI menyampaik­an sumbangan beg kepada salah seorang murid Tahun Satu SK Kg Batu Putih.
 ??  ?? ARMANI, Hanif dan Zahari bersama murid-murid yang menerima sumbangan.
ARMANI, Hanif dan Zahari bersama murid-murid yang menerima sumbangan.
 ??  ?? ARMANI menyampaik­an ucapan perasmian pada program berkenaan.
ARMANI menyampaik­an ucapan perasmian pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia