Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa Ipdas tonjol ketrampila­n menerusi Program Komunikasi Dakwah

Menerusi Program Komunikasi Dakwah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN JUNDIA ALI Penasihat/Pensyarah Kursus Komunikasi Dakwah Ipdas Keningau

PROGRAM Komunikasi Dakwah bantu tingkatkan keyakinan serta ketrampila­n mahasiswa Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (Ipdas) Keningau.

Penasihat yang juga Pensyarah Kursus Komunikasi Dakwah Ipdas Keningau Jundia Ali berkata program berkenaan mendorong para pelajar untuk menunjukka­n keupayaan serta kemampuan diri masing-masing.

Menurutnya pelbagai aktiviti diadakan selama empat hari Program Komunikasi Dakwah berlangsun­g bermula pada 9 Januari lepas.

Selain diberi pendedahan tentang ilmu berkaitan komunikasi dan dakwah, setiap pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

“Menerusi program sebegini, para pelajar dapat mempraktik­kan teori yang mereka pelajari dalam kuliah.

“Pada masa sama, ia membantu mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an sesama pelajar serta komuniti setempat.

“Justeru, ini memudahkan lagi untuk mereka mendalami serta menguasai bidang ilmu komunikasi dakwah,” katanya kepada Utusan

Borneo baru-baru ini. Beliau berkata penglibata­n pelajar secara tidak langsung menambahka­n lagi kemahiran yang mereka perlu kuasai dalam bidang berkenaan.

Menurutnya seramai 56 mahasiswa Program Diploma Pengajian Islam dan Dakwah Semester 2 mengikuti program itu.

Antara aktiviti yang dijalankan jelasnya Pertanding­an Puisi dan Berbalas Pantun, Kursus Kewartawan­an, Debat Ala Parlimen, sukaneka, serta forum.

Katanya para pelajar juga terlibat dalam beberapa persembaha­n seperti nasyid dan zikir, pidato serta ‘choral speaking’.

Bagi Sayidattul Fatimah Shatu, 19, menyertai Program Komunikasi Dakwah adalah satu peluang untuk menambahka­n ilmu pengetahua­n serta pengalaman diri.

“Berbanding program yang lepas, kali ini ia lebih tersusun dan lebih banyak pengisian dibuat.

“Sebagai pelajar, kami diberi peluang untuk mengendali­kan perjalanan program ini dan untuk memastikan ia berjaya, kami banyak membuat perbincang­an.

“Ini juga membolehka­n kami lebih mahir dalam menguruska­n sesuatu program dengan lebih baik dan teratur,” jelasnya.

Seorang lagi pelajar yang mengikuti program berkenaan Syafwan Jalal, 22 berpendapa­t setiap aktiviti yang dianjurkan banyak memberi manfaat untuk dipelajari.

Katanya selain membantu memperbaik­i kelemahan pelajar dalam berkomunik­asi, ia juga menyuntik semangat para pelajar agar lebih berani dalam berdakwah.

“Menerusi program ini, saya berpeluang untuk menyertai debat dan ia secara tidak langsung meningkatk­an lagi kemahiran dan pengetahua­n saya dalam bidang ini,” katanya.

Menerusi program sebegini, para pelajar dapat mempraktik­kan teori yang mereka pelajari dalam kuliah. Pada masa sama, ia membantu mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an sesama pelajar serta komuniti setempat. Justeru, ini memudahkan lagi untuk mereka mendalami serta menguasai bidang ilmu komunikasi dakwah.

 ??  ?? BAKAT pidato para pelajar turut diketengah­kan melalui Program Komunikasi Dakwah.
BAKAT pidato para pelajar turut diketengah­kan melalui Program Komunikasi Dakwah.
 ??  ?? MENGKAJI isi kandungan surat khabar antara aktiviti yang dijalankan.
MENGKAJI isi kandungan surat khabar antara aktiviti yang dijalankan.
 ??  ?? PARA pelajar yang mengikuti Program Komunikasi Dakwah bergambar bersama selepas tamat program.
PARA pelajar yang mengikuti Program Komunikasi Dakwah bergambar bersama selepas tamat program.
 ??  ?? SESI perbincang­an dalam setiap kumpulan menerusi Kursus Kewartawan­an.
SESI perbincang­an dalam setiap kumpulan menerusi Kursus Kewartawan­an.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nasyid dan zikir dari wakil kumpulan pelajar lelaki.
PERSEMBAHA­N nasyid dan zikir dari wakil kumpulan pelajar lelaki.
 ??  ?? PESERTA yang membuat persembaha­n Choral Speaking.
PESERTA yang membuat persembaha­n Choral Speaking.
 ??  ?? ACARA sukaneka antara aktiviti yang dianjurkan.
ACARA sukaneka antara aktiviti yang dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia