Borneo Highland Resorts bak percutian di atas kayangan
Dengan khazanah alam semula jadinya dimajukan tanpa mengganggu ekosistem
PERCUTIAN ala kaya-ngan di Borneo Highland Resort (BHR) dengan alam semula jadi segar dan udara dingin pasti idaman sesiapa sahaja.
Baru-baru ini Utusan
Borneo dibawa untuk lawatan suai kenal oleh Sarawak Tourism Board (STB) bersama agensi berita dari negara jiran Singapura dan Indonesia.
BHR sebuah destinasi memikat berkeluasan 5,000 ekar dengan khazanah alam semula jadinya dimajukan tanpa mengganggu ekosistem di kawasan yang pernah menjadi tapak pembalakan.
Ia menarik minat bukan sahaja pasangan pengantin yang ingin berbulan madu, malah untuk sambutan ulang tahun, keramaian bersama keluarga dan sanak-saudara atau rakan-taulan, bermain golf, penganjuran kursus dan ekspedisi semula jadi.
Lokasinya cuma 65 kilometer dari bandar raya Kuching dan 45 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah untuk sampai ke kaki gunung menggunakan teksi, van pelancongan atau kenderaan persendirian.
Jarak dari kaki bukit ke ‘resort club house’ kira-kira 10 kilometer tetapi dengan menaiki helikopter ke puncak gunung dari LTAK mengambil masa hanya 15 minit.
Pada ketinggian 1,000 meter di atas aras laut, suhunya dingin dan menyegarkan antara 18 hingga 28 darjah Celsius, dihiasi keindahan alam semula jadi hutan hujan kedua terbesar di dunia yang mempesonakan di Banjaran Penrissen bersebelahan sempadan Kalimantan Barat.
Antara pemandangan menarik yang tidak boleh dilepaskan semasa menginap di BHR adalah pemandangan semula jadi Kalimantan Barat yang diselaputi kabus dan awan pada pagi hari.
Terdapat juga taman bunga, ladang organik (tomato, teh herba, kacang buncis, anggur, markisa dan banyak lagi) selain nurseri hortikultur untuk pembiakan anak pokok bunga (orkid, hydrangea, amaryllis) yang antaranya turut dijual kepada orang awam sebagai cenderamata.
Deruan Air Terjun Simanggas menjadi tarikan ramai pengunjung yang ingin bersantai pada waktu petang selepas penat berjalan seharian menikmati pemandangan sekitar.
Banyak aktiviti dan eksplorasi yang boleh dilakukan sepanjang percutian di pusat peranginan ini seperti ‘jungle trekking’ untuk melawat Batu Panggah.
Bagi pengunjung yang sentiasa sibuk dengan kerja dan tidak ber-kesempatan memanjakan diri, boleh mengunjungi ‘The Jungle Spa’ di tingkat bawah BHR dengan pelbagai perkhidmatan seperti jakuzi, sauna dan urutan badan tradisional Bidayuh yang juga penduduk asal kawasan tersebut.
Sekiranya terdapat permintaan daripada pengunjung, pihaknya membawa ‘night walk’ secara berkumpulan untuk melihat haiwan hutan seperti kongkang, keluang, pelbagai spesies katak dan serangga hutan yang keluar pada malam hari di kawasan tersebut.
PELBAGAI PAKEJ
Ramai orang kenamaan negara, bahkan luar negara yang sentiasa mengunjungi kayangan di atas bumi ini sama ada untuk bercuti atau bermain golf bersama kawan dan keluarga.
Hornbill Golf & Jungle Club of Borneo Higland Resort merupakan padang golf 18 lubang yang memberi pengalaman yang sukar dilupakan.
Permainan dalam suasana udara dingin di atas padang dengan muka bumi beralun dengan persekitaran yang indah dan menenangkan.
Pihak pengurusan pula sentiasa menyediakan pelbagai pakej untuk semua jenis lapisan masyarakat menikmati anugerah pemberian Tuhan yang Maha Esa, dengan mengenakan RM10 seorang untuk golongan dewasa dan RM5 untuk kanakkanak di bawah 12 tahun.
Bagaimanapun, pengunjung diberi dua pilihan sama ada untuk me- mandu
send- iri kenderaan mereka ke kawasan resort atau mengambil pengangkutan yang disediakan di kaki bukit dan orang awam boleh meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan parkir yang selamat disediakan pihak pengurusan.
Golf Buggy (berkongsi) pada hujung minggu berharga RM270 sementara pada hari biasa untuk ‘Green Fees’ untuk 18 lubang pada harga RM220 dan terdapat pakej pilihan yang boleh diajukan kepada pihak pengurusan.
Bagi bakal pengantin yang sedang menunggu hari bahagia menjelma sudah tentu mahu merakam kenangan memori terindah seumur hidup bersama pasangan masing-masing.
Justeru pihak resort menyediakan pakej istimewa untuk bakal pengantin iaitu RM399 untuk merakam kenangan manis di atas gunung yang pasti memukau untuk tiga orang termasuk makan tengah hari dan perjalanan ke tempat-tempat menarik untuk tiga orang.
Tiga jenis ‘retreat’ pakej penginapan disediakan kepada pengunjung untuk dua hari satu malam iaitu Par Room (RM488), Birdie Room (RM588) dan Eagle Room (RM888) termasuk sarapan dan makan malam untuk dua orang, bayaran masuk spa, sewa kenderaan naik dan turun ke kaki gunung dan jelajah kawasan tanah tinggi.
Pengunjung ‘walk in’ juga boleh menikmati pakej penginapan istimewa yang disediakan pihaknya termasuk caj GST bagi par Standard berharga RM300, Birdie (Deluxe) RM350, Eagle Suite (Family Suite) RM600 dan Albatross (Suite) RM650.
Pihaknya juga menyediakan pakej pergi balik ke tanah tinggi termasuk caj masuk, penghantaran pergi balik dari kaki gunung ke resort, lawatan tanah tinggi dan makan tengah hari untuk RM130 seorang bagi mereka yang datang antara seorang sehingga empat orang atau dalam kumpulan iaitu lima orang ke atas dengan caj RM110 seorang.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari di
my
Deruan Air Terjun Simanggas menjadi tarikan ramai pengunjung yang ingin bersantai pada waktu petang selepas penat berjalan seharian menikmati pemandangan sekitar. Banyak aktiviti dan eksplorasi yang boleh dilakukan sepanjang percutian di pusat peranginan ini seperti ‘jungle trekking’ untuk melawat Batu Panggah.