Utusan Borneo (Sabah)

Galakkan budaya bawa bekal: Samsudin

-

bapa disaran menggalakk­an anak masing-masing membawa bekal ke sekolah sebagai langkah berjimat cermat.

Adun Sekong Datuk samsudin Yahya berkata langkah itu bukan sahaja dapat menjimatka­n pengaliran wang keluarga, tetapi juga mampu melatih anak supaya tidak membazirka­n makanan.

“Saya menyaranka­n ibu bapa memulakan amalan bawa bekal ke sekolah seperti dahulu kerana ia dapat melatih anak berjimat.

“Setiap kali kita bekalkan makanan kepada anak ke sekolah, ia mampu membentuk minat anak untuk menabung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kempen Jom SihatJom Bawa Bekal Ke Sekolah anjuran Puteri Umno Batu Sapi, di Sandakan, kelmarin.

Dalam pada itu, Samsudin yang juga ketua Umno Bahagian Batu Sapi meminta ibu bapa dan guru supaya bersyukur kerana negara ini sudah menyediaka­n kemudahan pembelajar­an terbaik kepada rakyat, berbanding pada masa dahulu yang mana keadaannya agak terhad.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Mohd Dani berkata budaya membawa bekal ke sekolah memang baik dari pelbagai sudut.

“Selain menjimatka­n belanja, ia dapat mengelakka­n anak-anak daripada keracunan makanan, membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat, sekali gus dapat menabung,” katanya.

Bagi beliau, tidak wujud soal malu atau segan jika ibu bapa sudah membudayak­an amalan membawa bekal ke sekolah sejak dari awal lagi.

Sebanyak tiga sekolah rendah melibatkan 150 murid menerima bekas makanan dan botol air untuk diagih-agihkan kepada murid-murid. Antara sekolah yang terlibat ialah SRK Gas Sandakan (Pendidikan khas), SRK Bahagia Sandakan (Pelajar Tahap 1) dan SRK Sg Anib III Sandakan (Pendidikan khas) dalam Parlimen Batu Sapi.

Dalam majlis itu juga, Samsudin telah meluluskan peruntukan pembinaan laluan pejalan kaki untuk murid-murid pendidikan khas di SRK Gas dan menyumbang­kan sebuah kerusi roda untuk murid pendidikan khas serta tabung PIBG SK Bahagia dan sistem PA untuk kegunaan pihak sekolah.

 ??  ?? SAMSUDIN dan Hazuliah beramah mesra dengan muridmurid pendidikan khas.
SAMSUDIN dan Hazuliah beramah mesra dengan muridmurid pendidikan khas.
 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepadaTabu­ng PIBG SK Bahagia.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepadaTabu­ng PIBG SK Bahagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia