Utusan Borneo (Sabah)

SK Pekan Satu lantik 196 pengawas sekolah

Watikah pelantikan disampaika­n oleh guru besar

- JAAFAR MATUSIN Guru Besar SK Pekan Satu

SERAMAI 196 murid telah dilantik sebagai pengawas Sekolah Kebangsaan Pekan Satu sesi 2017 yang diadakan di Dewan SK Pekan Satu Paling Manang, Isnin lalu.

Mereka telah menerima sijil watikah perlantika­n yang masing-masing mewakili pengawas sekolah seramai 55 orang, pengawas kebersihan 30 orang, pengawas Rancangan Makanan Tambahan 15 orang, pengawas Pusat Sumber 34 orang, ketua kelas 31 orang dan penolong ketua kelas 31 orang.

Watikah pelantikan itu telah disampaika­n oleh Guru Besar SK Pekan Satu Jaafar Matusin sambil disaksikan oleh guru-guru dan semua murid.

Pada majlis itu, Muhammad Afiq Ikram Ramlae telah dilantik sebagai ketua pengawas manakala jawatan penolong ketua pengawas diberikan kepada Nur Aleeya Nazihah M Mahrazi.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun itu merupakan salah satu majlis yang dimasukkan di dalam takwim sekolah dan dipantau sepenuhnya oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Faridah Haji Zaini serta diselarask­an oleh Guru Disiplin Raimah Sidek.

Antara objektif pelantikan itu adalah untuk mengetenga­hkan ketrampila­n pemimpin kecil di sekolah agar menjadi agen yang dapat bersama-sama membendung masalah disiplin rakan-rakan semasa berada di sekolah.

Di samping itu, dapat memberi pengiktira­fan kepada pengawas agar sentiasa dihargai seterusnya dapat menimbulka­n rasa tanggungja­wab menjalanka­n tugas melalui pengiktira­fan itu.

Dalam ucapannya, Jaafar berharap semua murid yang telah dipilih dan dilantik menjadi pemimpin kecil sekolah agar dapat menunjukka­n teladan serta disiplin yang baik dan mampu menjalanka­n amanah yang diberikan dengan berkesan.

Beliau tidak mahu pengiktira­fan itu hanya dengan mempamerka­n kemegahan diri kerana telah dipilih menjadi pemimpin kecil sekolah.

“Pengawas yang dilantik perlu menunjukka­n mutu disiplin yang tinggi agar menjadi teladan kepada murid lain. Saya berharap semua murid akan menuruti arahan yang diberikan oleh pengawas untuk kebaikan sekolah secara keseluruha­nnya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Afiq dan Nur Aleeya mengucapka­n terima kasih kepada guru besar dan PK HEM serta guru disiplin kerana memberikan kepercayaa­n kepada mereka berdua untuk menjadi ketua dan penolong ketua pengawas.

“Kami berjanji akan membantu guru besar serta guru-guru menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n untuk manfaat semua murid di SK Pekan Satu,” katanya.

Turut menyaksika­n majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abd Rahman dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Ruhaiah Jumat.

Pengawas yang dilantik perlu menunjukka­n mutu disiplin yang tinggi agar menjadi teladan kepada murid lain. Saya berharap semua murid akan menuruti arahan yang diberikan oleh pengawas untuk kebaikan sekolah secara keseluruha­nnya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Afiq, Nur Aleeya, Shawal (dua kiri), Ruhaiah (kiri) dan Faridah (dua kanan).
MUHAMMAD Afiq, Nur Aleeya, Shawal (dua kiri), Ruhaiah (kiri) dan Faridah (dua kanan).
 ??  ?? JAAFAR (tengah) bersama pengawas sekolah SK Pekan Satu Sesi 2017 (baju biru). Turut kelihatan guru penyelaras Norhayati dan Raimah Sidek.
JAAFAR (tengah) bersama pengawas sekolah SK Pekan Satu Sesi 2017 (baju biru). Turut kelihatan guru penyelaras Norhayati dan Raimah Sidek.
 ??  ?? KETUA kelas dan penolong ketua kelas (baju putih) bersama guru penyelaras Nur Izzati Ahmad Fuad (kiri).
KETUA kelas dan penolong ketua kelas (baju putih) bersama guru penyelaras Nur Izzati Ahmad Fuad (kiri).
 ??  ?? GURU Penyelaras Ustazah Nor Fauziah Ebeh dan Ustazah Normaliza bersama pengawas Rancangan Makanan Tambahan.
GURU Penyelaras Ustazah Nor Fauziah Ebeh dan Ustazah Normaliza bersama pengawas Rancangan Makanan Tambahan.
 ??  ?? PENGAWAS kebersihan.
PENGAWAS kebersihan.
 ??  ?? PENGAWAS pusat sumber segak mengenakan pakaian baju rasmi mereka berwarna ungu.
PENGAWAS pusat sumber segak mengenakan pakaian baju rasmi mereka berwarna ungu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia