Utusan Borneo (Sabah)

Latih cerdik duit sejak kanak-kanak

-

pengurusan kewangan terutama mengenai simpanan, hutang mahupun perbelanja­an sangat jarang dibincangk­an ibu bapa kepada anak malah dianggap ‘taboo’ bagi sesetengah pihak.

Namun pada zaman mencabar ini, pengetahua­n mengenai menguruska­n kewangan dengan cara yang betul sangat diperlukan bagi melahirkan generasi pengguna yang lestari pada masa hadapan.

Program ‘Adik Bijak Cerdik Duit’ adalah langkah pertama yang dimulakan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melibatkan anak berumur 10 hingga 12 tahun berhubung cara menguruska­n kewangan dengan bijak supaya mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan dan hutang.

Projek perintis yang baru dilancarka­n pada 26 Nov tahun lepas itu melibatkan 30 anak daripada komuniti penduduk Sri Serdang yang terletak dalam kawasan kejiranan UPM.

PROGRAM INTERVENSI

Modul yang dibangunka­n pakar Kewangan Pengguna, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri ini turut dibantu lapan tenaga pengajar dari UPM.

Program yang mengambil masa empat bulan ini akan dinilai keberkesan­annya kepada peserta terutama perubahan serta amalan baik yang mereka lakukan.

Ia sebagai langkah intervensi bagi memberi didikan awal pengurusan kewangan agar mereka lebih bersedia menghadapi suasana ekonomi pada masa hadapan, menurut Mohamad Fazli yang ditemui Bernama baru-baru ini.

Program ini lanjutan daripada kajian yang pernah dilakukann­ya pada tahun 2014.

Kajian bertajuk ‘Literasi Kewangan, Kompetensi, Pola Perbelanja­an dan Pembelian Serta Sosialisas­i Kewangan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah’ mendapati amalan berhutang telah dimulakan sejak awal ketika di sekolah rendah.

Penemuan mengejutka­n dalam kajian yang melibatkan 800 murid tahun 4 dan 5 seluruh Malaysia itu menunjukka­n 70 peratus daripada mereka mengakui ada meminjam wang daripada rakanrakan selain ada yang gagal mengenalpa­sti antara keperluan dan kehendak.

Meskipun amalan berhutang murid sekolah berbeza dengan orang dewasa namun ia telah membentuk satu persepsi dalam diri mereka bahawa budaya berhutang adalah perkara yang biasa.

“Ia sesuatu yang tidak sihat dan membimbang­kan. Tidak mustahil mereka boleh menjadi penyumbang kepada peningkata­n statistik penduduk yang muflis di negara ini sekiranya tidak diberi pendidikan awal tentang pengurusan kewangan,” katanya.

Kerana mereka telah menerima budaya berhutang daripada awal dan apabila memasuki kolej dan universiti mereka ini akan mula terikat dengan hutang pendidikan seterusnya hutang kenderaan, rumah dan peribadi, katanya.

Tidak hairan apabila perangkaan yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia pada tahun lepas meletakkan hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia dengan kadar 89.0 peratus.

AKTIVITI BERBEZA SETIAP MINGGU

Bukan sahaja teori, banyak aktiviti menarik disesuaika­n dengan tahap umur mereka dengan setiap peserta diberikan tugasan secara individu dan berkumpula­n berdasarka­n empat teras utama iaitu bidang kewangan, pengguna lestari, keusahawan­an dan perbankan.

Setiap hari Sabtu mereka akan berkumpul di Pusat Komuniti Rukun Tetangga Sri Serdang selama dua jam bermula pukul 9.00 hingga 11 pagi untuk belajar sesuatu yang baharu.

Mereka diajar tentang mengenal mata wang negara-negara luar, mempelajar­i antara keperluan dan kehendak, tanggungja­wab dan hak sebagai pengguna, matlamat kewangan, pengurusan risiko, keushawana­n, perbankan, pelaburan selain pada akhir program dibawa melawat ke Muzium Bank Negara.

Matlamatny­a ialah memberi pendidikan, pendedahan, pengetahua­n, kemahiran berkaitan empat aspek ini, katanya.

Bukan itu sahaja setiap hari mereka perlu menguruska­n wang mereka dengan mencatatka­n pendapatan dan pengeluara­n yang dibuat. Dengan cara ini mereka tahu di mana wang itu diperoleh dan dibelanjak­an.

“Walaupun baharu dua bulan berjalan maklum balasnya sangat positif. Ada peserta yang berjaya mengumpulk­an wang lebih RM100 di dalam tabung yang diberikan melalui kaedah yang diajar,” katanya.

PERUBAHAN POSITIF

Melihat perubahan positif si anak yang mula pandai menabung dan berbelanja secara berhemah cukup mengembira­kan hati Dr Suhyna Mohamad Sulaiman.

Semenjak menyertai program ‘Adik Bijak Cerdik Duit’, Mohamad Faris Mohamad Farid, 11, tidak lagi suka membazir dengan membeli barangan yang bukan keperluann­ya.

Dia sudah tahu membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana kehendak, malahan setiap sen yang dikeluarka­n cukup memberi nilai kepadanya, katanya.

Dr Suhyna berkata Mohamad Faris juga sudah pandai mencari wang tambahan dengan mengumpul barangan terpakai seperti surat khabar dan botol plastik untuk dijual selain turut mengambil upah melakukan kerja-kerja rumah.

“Sebelum ini susah untuk melihat dia membantu melakukan kerja rumah... sekarang dia menawarkan diri menyapu sampah dan mengemas halaman rumah dengan meminta upah kerana dia sentiasa ingin pastikan setiap hari ada duit yang akan dimasukkan ke dalam tabung,” katanya.

Mengulas mengenai program yang disertai anak keduanya itu sejak November tahun lepas, beliau yakin ia akan dapat memberi pengetahua­n yang sangat berguna terutama pada usia awal sebelum mereka melangkah ke alam remaja dan memasuki dunia pekerjaan.

Setiap minggu Mohamad Faris ternanti-nanti program berkenaan kerana seronok bersama rakanrakan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Anak lebih mengetahui cara menggunaka­n duit dengan cara yang berhemah. Mereka kenal mata wang negara lain dan banyak lagi tentang duit yang ibu bapa kadangkala terlepas pandang dan tidak sempat untuk mengajarny­a di rumah,” katanya.

BANTU SATUKAN KOMUNITI

Bukan sahaja memberi manfaat kepada anak, program “Adik Bijak Cerdik Duit” yang melibatkan Komuniti Sri Serdang turut mendapat manfaatnya.

Pengurus Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Serdang, Saheh Said mendapati program yang dilakukan UPM ini sangat membantu anak komuniti mendapat ilmu selain menyatukan hubungan baik penduduk.

Sentiasa mencari kelainan dalam program komuniti setempat, program ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada ibu bapa dan anak, katanya.

“Semoga ilmu yang diperoleh akan dapat dimenfaat komuniti dengan melahirkan generasi bijak menguruska­n kewangan dan ekonomi, bukan sahaja kepada peserta mungkin keluarga mereka pada masa akan datang,” katanya.Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? BERSAMA PELAJAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar cemerlang ketika hadir majlis Penyampaia­n Hadiah Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentafsira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2016...
Gambar BERNAMA BERSAMA PELAJAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar cemerlang ketika hadir majlis Penyampaia­n Hadiah Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentafsira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2016...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia