Utusan Borneo (Sabah)

Festival muzik berdarah di Mexico

Lima maut, 15 cedera selepas seorang lelaki lepaskan tembakan rambang

-

Kami tiba-tiba terpaksa melompat ke atas perintang keselamata­n besi kerana mereka menembak, ia dahsyat sekali. Kami sangat takut.

PLAYA DEL CARMEN: Satu kejadian tembakan berlaku di sebuah festival muzik elektronik di sebuah pusat peranginan pantai Mexico awal kelmarin, yang mengorbank­an lima orang, termasuk seorang dalam rempuhan ketika pengunjung lari dalam keadaan panik.

Seramai 15 orang lagi cedera dalam huru- hara yang berlaku selepas seorang lelaki bersenjata menembak pengawal keselamata­n yang menghalang­nya daripada memasuki kelab malam Blue Parrot sewaktu festival BPM di Playa del Carmen, pejabat pendakwa raya Quintana Roo menyebut dalam satu kenyataan.

Menurut gabenor negeri Roberto Borge, tembakan itu berpunca daripasa satum konflik peribadi di antara dua orang individu.

Menurut pendakwa raya tempatan, lima mangsa yang terkorban adalah Kirk Wilson dari Kanada, Daniel Pessina dari Itali, Alejandra Villanueva Ibarra dari Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Mexico, Rafael Penaloza Vega dan Francisco Ruiz Murillo.

Playa del Carmen dan Cancun yang berdekatan terletak dalam sebuah wilayah Caribbean yang dikenali sebagai Mayan Riviera, yang popular di kalangan pelancong dari Eropah dan AS.

“Kami tiba-tiba terpaksa melompat ke atas perintang keselamata­n besi kerana mereka menembak, ia dahsyat sekali. Kami sangat takut,” kata Eric Alvarez, seorang deejay berusia 40 tahun dari Mexico, di luar kelab dengan lukisan burung kakak tua biru yang dicat pada bahagian hadapan bangunan.

“Ramai orang panik,” kata Alvarez, yang kehilangan gigi prostetikn­ya ketika dia melarikan diri.

Lelaki Itali itu ditembak mati manakala seorang lagi lelaki meninggal dunia akibat luka peluru di hospital, menurut pendakwa raya tempatan.

“Saksi berkata seseorang cuba memasuki tempat itu dengan senjata tetapi disekat oleh pengawal keselamata­n, sekaligus mencetuska­n serangan,” kenyataan dari pejabat Pech menyebut.

Pendakwa raya Miguel Angel Pech berkata dua orang, dipercayai pengawal keselamata­n, telah membalas serangan penyerang.

Empat orang ditahan dekat lokasi jenayah dan pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada mereka ada kaitan atau tidak dengan serangan tersebut, tambahnya.

Rashed Qassem, seorang promoter acara dari Lubnan yang tinggal di AS, berkata dia sedang duduk di meja dekat pintu keluar kelab ketika tembakan bermula.

“Kami menyangka ia adalah bunga api yang ditempatka­n di dalam kelab. Kemudian kami menyedari bahawa seseorang telah masuk menerusi pintu keluar dan mula menembah,” kata Qassem.

Qassem, 36 tahun, melihat seorang lelaki jatuh ke lantai selepas dia mengalami cedera kepala. Kemudian salah seorang rakannya ditembak pada bahagian belakang.

“Apabila ia menjadi jelas bahawa seseorang sedang menembak, semua orang menjadi panik. Kami segera meniarap di atas lantai apabila lelaki bersenjata itu terus menembak, selepas dia menembak seorang pengawal di pintu masuk,” katanya.

“Dia menembak lebih 10 kali sebelum dia meninggalk­an kelab menerusi pintu keluar. Kami terus meniarap di atas lantai sehingga polis tiba dan menyuruh kami keluar.”

ERIC ALVAREZ, 40

Rakaman video amatur menunjukka­n orang tunduk dan berlari-lari di jalanan.

Seorang pengarang bagi majalah muzik yang berpangkal­an di London, Mixmag, dan berada dalam kawasan belakang pentas kelab Blue Parrot berkata sekurang-kurangnya empat atau lima tembakan dilepaskan sekitar jam 2.45 atau 3 pagi.

“Orang mula berlari kerana pintu keluar ada di belakang. Kami berhenti dan bersembuny­i di belakang dinding simen, kemudian merangkak di bawah meja besi,” pengarang digital Mixmag dari AS, Valerie Lee, dipetik sebagai berkata oleh majalah tersebut.

“Pengawal keselamata­n pada mulanya tidak menyangka ia adalah embakan dan asyik mendakwa ia adalah bunga api, sambil berkata segalanya OK. Kemudian orang terus berlari dan berkata mereka ternampak senapang. Kami terus bersembuny­i sehingga mereka membuka pagar belakang dan kami lari keluar,” kata Lee.

Lee menulis dalam Twitter muzikbegit­ukuatsehin­ggakan orang kemungkina­n tidak mendengar bunyi tembakan di dalam.

Dia berkata rakan di luar pintu masuk berada hanya enam meter sahaja dari penembak dan mayat terlantar di atas lantai.

Kementeria­n luar Colombia berkata pihak berkuasa Quintana Roo telah memaklumka­n mereka bahawa tidak ada warga Colombia yang terkorban dalam kejadian itu, seperti apa yang disangka oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Festival BPM menyebut dalam satu kenyataan bahawa tiga pengawal keselamata­nnya telah terkorban.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA di dalam kelab malam Blue Parrot selepas serangan dini hari di luar lokai berkenaan semasa festival muzik elektronik BPM di Playa del Carmen, kelmarin. — Gambar Reuters
SUASANA di dalam kelab malam Blue Parrot selepas serangan dini hari di luar lokai berkenaan semasa festival muzik elektronik BPM di Playa del Carmen, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia