Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Beli-belah tHe Spring berwarna-warni, sarat aktiviti

-

KUCHING: Pusat Beli-belah tHe Spring mengalu-alukan Tahun Ayam Jantan Api (Fire Rooster) dengan warnawarna kemakmuran menerusi tanglung-tanglung berwarna merah, merah jambu, ungu, biru dan kuning.

Berdiri megah di tengahteng­ah campuran warna ialah Ayam Jantan tHe Spring dalam kilauan emas.

Dekorasi perayaan berwarna-warni menjadi latar belakang menakjubka­n bagi pengunjung-pengunjung dari seluruh bandar raya ini yang berhimpun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di tHe Spring.

Para pelanggan juga dapat memenuhi keperluan bagi perayaan di Bazar Kemakmuran tHe Spring kerana gerai- gerai dihias indah itu menawarkan pelbagai barangan Tahun Baharu Cina secara menyeluruh.

Pusat beli-belah itu akan memukau dan menghiburk­an golongan tua dan muda dengan program hiburan yang memaparkan penampilan Dewa Kemakmuran serta persembaha­n-persembaha­n Tarian Singa dan Tarian Gimnastik.

Kanak- kanak berumur antara 4 hingga 9 tahun dipelawa untuk menyerlahk­an kreativiti masing- masing pada hujung minggu dengan menyertai Pertanding­an Mewarna ‘Lucky Chick’ manakala Pertanding­an Menghiasi dan Mewarna ‘Rockin’ Rooster’ yang berumur 10 hingga 12 tahun.

Sepanjang tempoh perayaan, apabila para pelanggan membelanja­kan minimum RM168, RM333, RM688, RM888 dan RM1,168, masing- masing dalam resit tunggal, mereka layak untuk menebus barangan eksklusif.

Hadiah tersebut berupa tiket-tiket All Aboard Molly’s Train, peket angpau edisi terhad tHe Spring, terapi tangan Crabtree & Evelyn Summer Hill, hadiah mandian L’Occitane Spring Shower Verbena dan gandingan keperluan badan L’Occitane Verbena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia