Utusan Borneo (Sabah)

Pra-bengkel Usahawan Aplikasi Mobile berjaya capai sasaran

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Program sulung Pra- Bengkel Usahawan Aplikasi Mobile anjuran Pusat e-Desa Tanjung Batu Tawau, di sini, menarik penyertaan 159 peserta, dan disifatkan sebagai berjaya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Pusat e-Desa Tanjung Batu selaku Pengerusi Penganjur Ismail Awang berkata bilangan peserta itu melebihi sasaran awal pihaknya.

“Program ini diadakan dalam dua sesi dan 90 peratus kehadiran adalah terdiri daripada anak muda,” katanyadal­amsatukeny­ataan di sini, kelmarin.

Katanya program percuma itu mendapat kerjasama Apps Million Training Center serta mendedahka­n manfaat teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Pihaknya optimis untuk menggalakk­an orang ramai menceburi bidang pembanguna­n aplikasi mobile dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan digital.

“Peserta terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Tawau, Kolej Vokasional Tawau, Pusat GiatMara Tawau, pertubuhan belia dan ahli Pemuda/ Puteri Umno Kalabakan.

“Peserta kita nampaknya teruja dengan perkongsia­n yang diberikan khususnya berkaitan kaedah membangunk­an aplikasi mobile dengan cara yang lebih mudah,” katanya.

Ismail berkata para peserta turut diberikan pendedahan mengenai langkah memasarkan aplikasi di

Google Play Store sebagai usaha menjana pendapatan hasil ciptaan mereka.

Katanya langkah itu juga bertepatan dengan hasrat Pusat e-Desa Tanjung Batu untuk menjadi perintis yang memperkena­lkan program itu di Tawau.

“Program ini juga adalah penanda aras berhubung tahap keperluan dan minat generasi muda terhadap bidang ICT khususnya berkaitan pembanguna­n aplikasi mobile.

“Kita percaya kehadiran luar biasa yang diterima membuktika­nnyan sebagai isyarat kepada kerajaan khususnya kementeria­n berkaitan untuk memandang serius perkembang­an ini,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL merakamkan gambar bersama para peserta dan semua pihak yang terlibat sempena Program sulung PraBengkel Usahawan Aplikasi Mobile anjuran Pusat e-Desa Tanjung Batu Tawau dengan kerjasama Apps Million Training Center.
ISMAIL merakamkan gambar bersama para peserta dan semua pihak yang terlibat sempena Program sulung PraBengkel Usahawan Aplikasi Mobile anjuran Pusat e-Desa Tanjung Batu Tawau dengan kerjasama Apps Million Training Center.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia