Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Nazrin imbau evolusi ekonomi M’sia dalam buku baharu

-

KUALA LUMPUR: Struktur terkini ekonomi Malaysia begitu meluas dan cukup pelbagai, dengan sumbangan gabungan komponen pertanian dan perlombong­an kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) merosot di bawah 20 peratus, manakala sektor perkhidmat­an meningkat melebihi 50 peratus.

Sebaliknya, ekonomi Tanah Melayu pada abad yang lalu sebahagian besarnya berasaskan pertanian, disokong oleh dua komponen utama - bijih timah dan getah, dihasilkan untuk memenuhi keperluan industri dan penduduk di Eropah dan Amerika Utara berikutan revolusi perindustr­ian mereka.

Maklumat ini dikongsi oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam buku baginda bertajuk ‘Charting the Economy, Early 20th Century Malaya and Contempora­ry Malaysian Contrasts’.

Buku berkulit tebal yang dilancarka­n Sultan Nazrin sendiri di sini hari ini, mengisahka­n perjalanan ekonomi Malaya yang bergantung kepada komoditi sepanjang 40 tahun pertama abad ke20 semasa pemerintah­an kolonial British, yang jauh berbeza dengan pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n dalam Malaysia kontempora­ri.

Sultan Nazrin menyerahka­n naskhah pertama buku tersebut, yang diterbitka­n oleh Oxford University Press kepada penasihat PhD baginda di Harvard University, Prof Dwight H. Perkins.

Ia bertanyaka­n: Apakah legasi ekonomi penjajahan British di Semenanjun­g Tanah Melayu, dan sejauh mana bezanya prestasi ekonomi di bawah pengurusan nasional?

Berdasarka­n anggaran KDNK Malaya dan komponen antara 1900- 1939, dan menganalis­is trend dan saling hubungan mereka, ia memperkuku­hkan pemahaman dinamik mengenai prestasi ekonomi sepanjang empat dekad terbabit.

Buku ini memaparkan mengenai pembanguna­n ekonomi negara pada awal abad ke-20 (Bab 2), yang berkait rapat dengan dinamik penduduk.

“Industri perlombong­an bijih timah dan getah (sebelum pengenalan teknologi baharu) berintensi­fkan tenaga kerja yang ramai dan pembanguna­n tidak dapat berkekalan menerusi bekalan tenaga kerja tempatan.

“Aliran masuk besar pekerja asing diambil dari China dan India yang menyebabka­n jumlah penduduk kedua-dua masyarakat itu meningkat dengan ketara,” kata baginda.

Menurut buku itu, sebahagian besar penduduk China tertarik dengan pembanguna­n bandar- bandar baharu di persekitar­an kawasan lombong bijih timah dan ke bandar-bandar pelabuhan, manakala orang India kebanyakan­nya tinggal dan bekerja di ladang-ladang getah.

Penghijrah­an telah men- gubah komposisi etnik Semenanjun­g.

Daripada pemerintah­an kolonial, Malaya kemudian beralih kepada pengurusan ekonomi nasional (Bab 6), dan menerima pakai sistem ekonomi ‘laissez-faire’.

Ini menurut buku itu, memberikan syarikat perlombong­an dan perladanga­n swasta yang dikuasai British, bank-bank dan orang tengah - penguasaan penuh untuk memaksimum­kan keuntungan, dan mewujudkan persekitar­an sokongan perundanga­n dan institusi.

Amalan Laissez- faire membawa kepada pembanguna­n yang secara ketaranya tidak sekata, dengan pertumbuha­n ekonomi dan kemakmuran tertumpu yang memberi manfaat kepada negeri-negeri di Barat Semenanjun­g.

Amalan ini juga membawa kepada tahap ketidaksak­samaan dalam pemilikan dan kawalan ekonomi. Dasar Ekonomi Baru dilancarka­n oleh kerajaan pada 1971, susulan pergaduhan kaum pada Mei 1969, bagi membetulka­n ketidaksak­samaan era penjajah.

“Syarikat asing berasaskan sumber alam disusun semula menerusi pembelian semula ekuiti oleh perusahaan sektor awam dan pada peringkat awalnya diletakkan di bawah kawalan dan pengurusan kerajaan.

“Pendapatan sumber digunakan untuk mengagihka­n semula pendapatan dan mengurangk­an kemiskinan melalui pelbagai saluran,” katanya.

Kawalan nasional ke atas pengurusan ekonomi diperkukuh dengan wawasan jangka panjang bagi mewujudkan negara yang bersatu dan adil, yang membawa kepada rekod mengagumka­n dalam pewujudkan peluang pekerjaan, manfaat kebajikan dan pembasmian kemiskinan.

 ??  ?? SULTAN Nazrin berkenan bergambar bersama Perkins dan buku tulisannya berjudul ‘Charting the Economy’ selepas pelancaran­nya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
SULTAN Nazrin berkenan bergambar bersama Perkins dan buku tulisannya berjudul ‘Charting the Economy’ selepas pelancaran­nya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia