Utusan Borneo (Sabah)

FDI bawa manfaat untuk ekonomi tempatan dan rakyat

-

JOHOR BAHRU: Pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam Malaysia, termasuk negeri Johor akan membawa manfaat besar bukan sahaja dari segi limpahan aktiviti ekonominya, tetapi turut membantu pembanguna­n sosioekono­mi rakyat bagi jangka panjang.

Oleh itu, kebanyakan tuduhan- tuduhan liar bahawa usaha membawa masuk FDI boleh menggugat kedaulatan negara dan menafikan peluang rakyat meraih manfaatnya, juga merupakan dakwaan yang tidak berasas.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Johor Bahru (JBCCCI) Datuk Loh Liam Hiang berkata syarikat-syarikat tempatan terbukti mendapat manfaat daripada kesan limpahan FDI itu dengan kebanyakan­nya memperoleh peluang perniagaan.

Ia juga membolehka­n syarikat tempatan dikenali serta diiktiraf oleh firma asing selain menyediaka­n lebih banyak peluang apabila modal insan tempatan turut dihargai syarikat berkenaan.

“Banyak peluang yang ada (sebenarnya) dan saya mendengar banyak komen-komen negatif, terutamany­a daripada pihak pembangkan­g mengenai kehadiran pelabur asing dari China ke sini yang tidak akan menguntung­kan Malaysia.

“Bagi saya, tanggapan itu tidak benar,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Menurut Loh, peluang itu wujud dalam pelbagai sektor berbeza, khususnya menerusi kemasukan pelabur China di wilayah Iskandar Malaysia yang kini dalam fasa pembanguna­n yang pesat.

Sementara itu, pandangan Loh itu turut dipersetuj­ui oleh Pengarah Institut Transforma­si Sosial dan Pembanguna­n Wilayah Universiti Tun Hus- sein Onn Malaysia (UTHM), Prof Dr Rosman Md Yusoff.

Beliau yang juga Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulu­m UTHM berkata FDI menerusi projek-projek mega di Johor termasuk projek Forest City, banyak memberi sumbangan besar kepada aspek pembanguna­n negeri ini.

“Ada tiga aspek dalam Bajet Johor 2017 iaitu kemakmuran masyarakat, pemerkasaa­n modal insan dan kemakmuran material.

“Aspek pembanguna­n di Johor khususnya menerusi projek Forest City akan memberi impak secara menyeluruh dan sejajar dengan falsafah pembanguna­n kerajaan negeri yang inklusif.

“Ini bermakna rakyat tidak akan dipinggirk­an dan pembanguna­n di Johor turut diagihkan ke seluruh pelusuk negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia