Utusan Borneo (Sabah)

Rasulullah SAW contoh terbaik orang beriman

-

KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Haji Unaini berkata Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke dunia ini sebagai utusan Allah SWT untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar.

Katanya utusan Allah SWT itu merupakan pemimpin yang merangkumi kepelbagai­an bukan sahaja dalam mentadbir urusan duniawi malah paling terkenal dalam urusan akhirat.

“Sesungguhn­ya, Rasulullah juga lebih terkenal sebagai pemimpin dan peniaga yang terkenal di zaman Baginda, selain merupakan ketua pertahanan yang paling terhebat di zaman kegemilang­annya, dan juga lebih arif memimpin keluargany­a.

“Sehubungan itu, Islam bermatlama­t untuk menjadi yang terbaik sama ada di dunia mahu pun di akhirat bersandark­an kepada syariat yang diredhai oleh Allah SWT,” katanya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kudat itu berkata demikian di Majlis Perarakan dan Perhimpuna­n Sambutan Maulidul Rasul SAW Peringkat Daerah Kudat Tahun 1438 Hijrah bersamaan 2017 Masihi, di Dewan Tun Mustapha, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, PegawaiDae­rah Kudat yang juga pengerusi induk sambutan itu, Sapdin Ibrahim berkata penganjura­n program Maulidul Rasul kali ini amat memberangs­angkan yang mana ribuan masyarakat Islam hadir dan mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan. Katanya program itu bertujuan menyemai dan menyuburka­n rasa cinta terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan utama dalam kehidupan di samping mengeratka­n ukhuwah Islamiah, mengukuhka­n persefaham­n dan memantapka­n semangat perpaduan atau wahdatul ummah.

“Program ini juga membudayak­an ilmu menerusi aktiviti keilmuan dan memantapka­n budaya syura serta amal jma’ie dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kita harus sedar bahawa memartabat­kan Islam itu perlu diperkasa bukan sahaja dalam kalangan kita sendiri, malah kepada seluruh keluarga, jiran dan sahabat handai agar kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa dan beriman terhadap Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat Islam dan bukan Islam di daerah ini agar menyertai apa sahaja program baik yang menjurus kepada agama demi mengukuhka­n perpaduan ummah.

Selain ceramah Maulidul Rasul dan penyampaia­n hadiah pertanding­an sepanduk, turut diadakan penyampaia­n anugerah Maulidul Rasul yang menyaksika­n ahli jawatankua­sa pelaksana telah memilih Pegawai Rela bersara Daerah Kudat, Haji Abdul Rahman Mustapha sebagai Tokoh Maulidul Rasul Kudat 2017.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kudat (Pembanguna­n) Haji Abdul Gafar Abdul Rahman, Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi Haji Syahirin Haji Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong, dan Naib Ketua Umno Bahagian Kudat Akram Haji Ismail.

 ??  ?? MIJUL (empat dari kanan) menyampaik­an hadiah juara pertanding­an sepanduk kategori jabatan kerajaan yang disandang oleh Pejabat Daerah Kudat.
MIJUL (empat dari kanan) menyampaik­an hadiah juara pertanding­an sepanduk kategori jabatan kerajaan yang disandang oleh Pejabat Daerah Kudat.
 ??  ?? MIJUL dan Sapdin bersama ahli Persatuan Kagayan Jama Mapun Bersatu Sabah yang muncul juara kontinjen paling ramai kategori NGO.
MIJUL dan Sapdin bersama ahli Persatuan Kagayan Jama Mapun Bersatu Sabah yang muncul juara kontinjen paling ramai kategori NGO.
 ??  ?? MIJUL (empat dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidul Rasul 2017 kepada Abdul Rahman.
MIJUL (empat dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidul Rasul 2017 kepada Abdul Rahman.
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kudat yang diterima oleh Sapdin.
ABDUL Rahman (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kudat yang diterima oleh Sapdin.
 ??  ?? SAPDIN (tiga dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mijul.
SAPDIN (tiga dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mijul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia