Utusan Borneo (Sabah)

Anis Nabilah & Mama Om kembali kongsi resipi dalam ‘1,2…Bakar!’ di TV3

-

APABILA dua wanita yang berkongsi minat sama dalam memasak dipertemuk­an, sudah pasti topik perbualan mereka akan berkisarka­n pelbagai resipi menarik.

Anis Nabilah merupakan seorang cef profesiona­l manakala Mama Om ataupun nama sebenarnya, Norrizan Alisa ialah pengusaha bakeri yang memulakan biznes di rumah.

Siapakah lebih handal dalam menyediaka­n masakan berasaskan bakar seperti kek, pastri, manisan dan makanan savuri? Ayuh, saksikan gelagat mereka dalam program ‘1,2… Bakar!’ musim baharu pada setiap hari Selasa, jam 11.30 pagi menerusi TV3.

Episod pertama yang disiarkan pada 3 Januari 2017 yang lalu memaparkan pertemuan semula Mama Om dan Anis Nabilah selepas tamat musim pertama (April 2016).

Dua individu yang berbeza umur, berlainan pendapat dan pengalaman ini berkongsi idea tentang hidangan yang bakal disediakan termasuk Lamb Pot Pie, Rolled Oat & Blueberry Muffin dan tart telur.

Anis dan Mama Om mempamerka­n hidangan siapa yang lebih sedap sekaligus memberi kritikan membina untuk memperbaik­i lagi hidangan masing-masing pada setiap episod.

Lebih menarik, Anis dan Mama Om juga dikehendak­i menyediaka­n juadah berdasarka­n tema yang berbeza pada setiap minggu. Mereka berdua akan diberikan tugasan istimewa untuk menguji kebolehan mereka di dapur dan menghidang­kan masakan bagi memenuhi permintaan khas daripada tetamu undangan.

Saksikan apakah hidangan menarik yang bakal disajikan dengan menggunaka­n buah tangan yang dibawakan balik dari kampung oleh Anis iaitu buah nenas di episod kedua.

Episod ketiga pula menampilka­n tetamu undangan iaitu Fazlina Dato’ Ahmad Daud, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2016 barubaru ini.

Selain itu, 1.2…Bakar! turut menampilka­n beberapa selebriti popular seperti Aleza Shadan, Redza Rosli, Datin Nur Rebecca Islam, Tomok dan Shiha Zikir.

Apakah hidangan istimewa yang akan disediakan oleh Anis dan Mama Om berdasarka­n tema yang diberikan pada setiap minggu?

Tema ‘Say Cheese’ memperkena­lkan hidangan berasaskan keju manakala ‘Resipi Warisan’ pula memaparkan hidangan yang menjadi juadah warisan dalam keluarga mereka dan juga perkongsia­n resipi istimewa untuk memikat suami ataupun isteri tercinta menerusi episod ‘Projek Memikat Suami’ dan ‘Kena Pikat Isteri’.

Seperti biasa, Mama Om akan menerima tempahan untuk jamuan hari jadi dan majlis ‘housewarmi­ng’. Dengan bantuan Anis, Mama Om bakal menyediaka­n juadah daripada bahanbahan yang digemari oleh kebanyakan kanakkanak iaitu coklat dan juga daging. Mari kita samasama belajar cara untuk membakar hidanganhi­dangan yang lazat ini seperti Rolled Meatloaf, Chocolate Mini Pie dan juga Rocky Road Cupcakes.

Jadi, jangan ketinggala­n untuk menyaksika­n gelagat Anis Nabilah dan Mama Om di dapur menerusi program ‘1,2…Bakar! ’ yang disiarkan pada setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENYELERAK­AN: Juadah minum petang yang disediakan oleh Anis dan Mama Om merupakan Lemon Meringue Pie, Peanut Butter & Chocolate Cupcake dan English Seafood Pie dalam salah satu episod ‘1, 2... Bakar!’.
MENYELERAK­AN: Juadah minum petang yang disediakan oleh Anis dan Mama Om merupakan Lemon Meringue Pie, Peanut Butter & Chocolate Cupcake dan English Seafood Pie dalam salah satu episod ‘1, 2... Bakar!’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia