Utusan Borneo (Sabah)

Gerard Tsen tumpuan di SAG

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Gerard Tsen Ziang Zhi mencuri tumpuan di kala Kelab Renang Sea Dragon (SDSC) merangkul gelaran juara keseluruha­n pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah 2017.

Kejohanan tiga hari untuk edisi ke-50 itu berlangsun­g di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas berakhir Ahad.

Kelab berpusat di Kota Kinabalu itu membolot 48 emas, 32 perak dan 34 gangsa untuk lebihan tipis satu emas mengatasi naib johan keseluruha­n Persatuan Renang Daerah Penampang (PREPS) yang menggondol 47 emas, 40 perak dan 41 gangsa, manakala Kelab Renang PJMS yang memenangi 18 emas, 21 perak dan 18 gangsa menduduki tempat ketiga.

Gerard yang baharu berusia 14 tahun yang mewakili PJMS dari Sandakan, meleburkan rekod 20 tahun acara 50 meter (m) gaya bebas yang dicipta oleh perenang Olimpik Sabah; Alex Lim Keng Liat dengan catatan baharu 25.40 saat (s), mengatasi rekod lama 25.47s yang dilakar dalam tahun 1996.

Rekod itu merupakan antara 14 rekod baru yang dicatat di kejohanan kali ini yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Sabah (SASA).

Senarai pemecah rekod yang lain terdiri dari Samuel Ng Chong Cheng, 10, dari PJMS dengan lima rekod baharu menerusi acara 50m dan 100m gaya bebas dan kuak lentang selain acara 200m rampaian individu, Sharifah Destinee Dickerson, 10, dari PREPS dengan dua rekod baru menerusi acara 100m kuak kupu-kupu dan 200m rampaian individu, Arhadin Prome, 12, dari Sabah Sports School Malaysia (SSMS) juga dengan dua rekod baharu menerusi acara 50m kuak kupu-kupu dan kuak lentang, Muhamad Naqeb Rosli, 14, juga dari SSMS dengan dua rekod menerusi acara 100m dan 200m gaya bebas, Wong Venn Chieh dari SDSC dengan satu rekod menerusi acara 200m gaya be- bas dan Lo Jun Yi dari PREPS dengan satu rekod menerusi acara 50m kuak kupu-kupu.

Presiden SASA Anthony Kiob menyatakan rasa gembira melihat jumlah rekod baru yang berjaya dicipta dan berharap para perenang itu akan terus cemerlang semasa Kejohanan Kumpulan Umur Peringkat Kebangsaan (NAG) yang akan berlangsun­g di Melaka bermula 9- 12 Mac hadapan.

“Seramai 13 perenang layak untuk menyertai NAG 2017, satu peningkata­n penyertaan dari negeri ini.

“Catatan masa di NAG akan menjadi ukuran prestasi perenang- perenang terbaik negeri ini.

“Saya berharap semua jurulatih dapat terus memberi maklumat terkini program latihan dengan bantuan dari pihak Institut Sukan Negara (ISN) khususnya dalam penerapan sains sukan,” jelas beliau melalui kenyataan akhbar.

Seramai 318 perenang dari Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Tawau dan Wilayah Persekutua­n Labuan selain dari kelab-kelab termasuk Kelab Renang Blue Marline (BMSC), Persatuan Renang Sandakan (SSA), Persatuan Renang Tawau dan Sekolah Antarabang­sa Labuan menyertai kejohanan kali ini.

 ??  ?? ANTHONY (kanan) bersama pengurus pasukan tiga pasukan terbaik dan para perenang terbaik yang menerima anugerah perenang terbaik Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah Ke-50, 2017 di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas...
ANTHONY (kanan) bersama pengurus pasukan tiga pasukan terbaik dan para perenang terbaik yang menerima anugerah perenang terbaik Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah Ke-50, 2017 di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia