Utusan Borneo (Sabah)

Costa jalani latihan bersendiri­an ekoran spekulasi berminat terima tawaran lumayan kelab di China

-

LONDON, England: Penyerang Chelsea, Diego Costa menjalani latihan bersendiri­an untuk hari kedua berturut- turut di pusat latihan kelab Isnin lepas, menurut laporan media British ketika beliau pulih dari kecederaan b e - lakang.

Masa depan penyerang antarabang­sa Sepanyol itu di Chelsea menjadi tanda tanya selepas beliau tidak disenaraik­an ke dalam skuad ketika menewaskan Leicester City 3- 0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabut lepas ekoran spekulasi di mana beliau mungkin berminat menerima tawaran lumayan dari kelab kaya di China.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte bagaimanap­un berasa yakin isu sebenarnya adalah kecederaan – berbanding tidak sehaluan dengan Costa – yang menghalang pemain berusia 28 tahun itu beraksi Sabtu lepas. Costa, yang menjaringk­an 14 gol liga dari 19 penampilan musim ini, akan menjalani pemeriksaa­n kecergasan sebelum perlawanan menentang Hull City Ahad ini. “Jika ada satu masalah – dan saya mahu ulangan ‘jika’ – dengan pemain, maka saya perlu menyelesai­kannya dalam bilik persalinan, bukan di luar, bukan dalam sidang media,” kata Conte Sabtu lepas. “Tetapi saya ulangi – jika. Saya sudah memberitah­u kebenarann­ya.” China berkata ia akan mengurangk­an jumlah pemain import dalam liga elit kepada tiga orang, dalam usaha menangani perbelanja­an melampau ke atas bakat luar negara. Kelab Shanghai SIPG bulan lepas memecah rekod perpindaha­n Asia apabila membayar Chelsea 60 juta euro untuk mendapatka­n pemain tengah, Oscar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia