Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan media baharu untuk perpaduan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) diminta memanfaatk­an media baharu untuk menyebarka­n maklumat yang tepat dan positif ke arah menggalakk­an perpaduan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata media baharu seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp adalah lebih cepat, berkesan dan menjimatka­n masa dan kos dalam penyebaran maklumat.

“Kita harus bijak menggunaka­n media baharu untuk menyebarka­n maklumat- maklumat positif... jangan sibukkan diri dengan penyebaran maklumat atau perkara yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada perhimpuna­n bulanan JPNIN di sini, kelmarin.

Beliau juga menyaran JPNIN mengambil langkah inovasi dan melaksanak­an aktiviti yang melibatkan media sosial dalam meluaskan jaringan kepada golongan yang aktif di media sosial.

Sementara itu, Kurup berkata JPNIN akan melaksanak­an pelan tindakan pemerkasaa­n Rukun Tetangga tahun ini bagi memantapka­n fungsi Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) dan menyemarak­kan perpaduan di peringkat umbi.

Beliau berkata usaha itu penting kerana saf kepimpinan Rukun Tetangga boleh menjadi contoh sifat sukarela masyarakat Malaysia dalam menjayakan aktiviti kemasyarak­atan setempat terutama untuk perpaduan, keharmonia­n dan keamanan.

“Kini, sebanyak 7,707 KRT didaftarka­n di seluruh negara sehingga penghujung tahun lepas. Ia meningkat sebanyak 262 Rukun Tetangga baru berbanding tahun lepas,” katanya.

Pada majlis itu, Kurup turut melancarka­n Pelan Strategik 2017-2020 yang merupakan pelan tindakan yang bakal memandu warga kerja JPNIN dalam merancang dan melaksana dasar, program dan aktiviti perpaduan dengan jayanya di setiap peringkat kerja.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPNIN Datuk L.Gandesan berkata JPNIN menjadi contoh kepada negara luar apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan India mempelajar­i cara dan amalan dalam mengekal dan mempromosi perpaduan negara semasa para pesertanya mengadakan lawatan ke jabatan itu tahun lepas.

“Ini merupakan pengiktira­fan pihak luar terhadap jabatan ini,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia