Utusan Borneo (Sabah)

KERAJAAN AKAN KAJI PEMBERIAN PAMPASAN

Kepada keluarga mangsa bot karam di perairan Mengalum

- Oleh SADDAM EDRIS

Jika pampasan perlu diberikan, sudah tentu syarikat pelanconga­n terlibat dalam insiden ini yang perlu menyelesai­kannya. Namun, kerajaan juga akan terlibat sama dan pada masa sama, kita akan meneliti semua aspek untuk membantu mangsa yang terlibat termasukla­h cadangan memberi pampasan yang diperkatak­an oleh Konsul Jeneral China Chen Peijie, baru-baru ini. DSP MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengkaji secara terperinci berkenaan pemberianp­ampasankep­ada mangsa bot karam yang melibatkan pelancong China di perairan Mengalum pada 28 Januari lepas.

Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata pelbagai aspek perlu diteliti terlebih

dahulu termasukla­h melihat kaedah negara luar mengatasi situasi sedemikian.

“Jika pampasan perlu diberikan, sudah tentu syarikat pelanconga­n terlibat dalam insiden ini yang perlu menyelesai­kannya.

“Namun, kerajaan juga akan terlibat sama dan pada masa sama, kita akan meneliti semua aspekuntuk­membantuma­ngsa yang terlibat termasukla­h cadangan memberi pampasan yang diperkatak­an oleh Konsul Jeneral China Chen Peijie, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan pejabat baharu dan sambutan ulangtahun ke10 Borneo Holiday Sdn Bhd, di sini, kelmarin.

Berkaitan isu kapal karam di Teluk Usukan yang dikatakan akan dimusnahka­n, Masidi berkata pihaknya juga masih menunggu penjelasan daripada wakil penyelidik­an dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 16 Februari ini berhubung kes berkenaan.

Katanya bukan setakat beliau yang ingin mendapatka­n kepastian berkaitan isu berkenaan, malah ramai orang awam termasuk rakyat negara lain turut sama ingin mengetahui hal sebenar.

“Saya betul-betul mahu tahu bagaimana penyelidik­an UMS ini mendapat kelulusan untuk memusnahka­n kapal karam yang begitu penting bagi industri pelanconga­n di Sabah.

“Hal ini amat mencurigak­an dan kita amat memerlukan penjelasan yang sebenarnya mengenai isu sebegini,” katanya.

Mengenai majlis itu, Masidi berharap agar agensi pelanconga­n itu mampu maju ke hadapan seterusnya menaikkan nama Sabah sebagai destinasi pelanconga­n yang menjadi pilihan orang ramai.

Beliau juga yakin bahawa agensi berkenaan mampu menjadi syarikat pelacongan di Sabah yang menjadi tarikan utama pelancong sekiranya sentiasa memiliki sikap positif dan sabar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Borneo Holiday Sdn Bhd Faye Robert.

 ??  ?? MASIDI (empat kanan) bersama tetamu yang lain menyempurn­akan acara memotong kek sempena sambutan ulangtahun ke10 Borneo Holiday.
MASIDI (empat kanan) bersama tetamu yang lain menyempurn­akan acara memotong kek sempena sambutan ulangtahun ke10 Borneo Holiday.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia