Utusan Borneo (Sabah)

Pengagihan organ, darah diderma tidak ambil kira agama dan bangsa

-

PUTRAJAYA: Sistem pengagihan organ daripada penderma yang telah meninggal dunia dilakukan tanpa mengira agama, latar belakang dan status penerima di dalam masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengagihan organ dilakukan berdasarka­n kriteria klinikal dan keserasian pesakit.

Beliau berkata memang terdapat kemungkina­n organ yang didermakan oleh orang bukan Islam diberikan kepada seorang Islam dan sebaliknya.

“Tidak menjadi halangan sekiranya orang Islam dan bukan Islam ingin menderma organ dan darah kepada mana-mana penerima. Begitu juga dengan pendermaan dan tranfusi darah.

“Kementeria­n amat menghargai kesudian ramai rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai penderma organ dan menderma darah,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau mengulas berhubung satu video yang telah dikeluarka­n oleh pihak tertentu mengenai status rakyat bukan beragama Islam yang ingin menderma organ.

Dr Noor Hisham berkata dari segi hukum pendermaan organ, fatwa telah dikeluarka­n seawal tahun 1970 oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharusk­an pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam.

Menurutnya, tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap pendermaan organ semakin meningkat dan buat masa ini lebih dari 350,000 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan yakin bahawa kesudian rakyat Malaysia ini adalah didorong oleh rasa ikhlas bagi membantu serta menyelamat­kan nyawa pesakit yang memerlukan.

“Bagi mereka yang telah lama berikrar, mereka boleh memohon penggantia­n kad yang baru melalui http://www.fb.com/ dermaorgan atau Twitter @dermaorgan.

Kementeria­n juga mengalu-alukan lebih ramai lagi rakyat untuk berikrar sebagai penderma organ dengan berdaftar di http:// www.dermaorgan.gov. my/,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia