Utusan Borneo (Sabah)

SAR mangsa bot karam di Tawau ditamatkan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam di perairan Tinagat Tawau ditamatkan pada jam 6 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata pihaknya mewakili Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Puterajaya memutuskan untuk menamatkan operasi SAR berkenaan.

“Operasi SAR ini ditamatkan selepas kita mendapat dua perkembang­an termasukla­h penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan di perairan Indonesia.

“Polis turut memaklumka­n berjaya menahan juragan bot terbabit yang dikenali sebagai Juma di Lapangan Terbang Tawau.

“Hasil siasatan polis, Juma memaklumka­n seorang lagi mangsa iaitu Joko Rahaman selamat dan kini berada di Sungai Nyamuk Indonesia,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Beliau berkata sebelum ini Joko dan kanak-kanak terbabit adalah dua mangsa yang dilaporkan masih hilang.

Sehubungan itu katanya berikutan perkembang­an berkenaan, operasi SAR di kawasan perairan itu ditamatkan.

Bagaimanap­un jelasnya jika ada penemuan baharu selepas ini selain daripada 15 mangsa yang dilaporkan, pihaknya akan mengaktifk­an semula operasi SAR.

“Jumlah mangsa yang kita terimaadal­ah15orang.Namun jika ada aduan daripada orang awam yang mengatakan anggota keluarga atau waris mereka terlibat dalam insiden ini, berkemungk­inan operasi SAR akan diaktifkan semula,” jelasnya.

Sementara itu, bagi perkembang­an operasi SAR di Pulau Mengalum, pihaknya belum mendapat sebarang penemuan baharu pada hari ke-16 operasi dijalankan.

Menurutnya kawasan pencarian yang luas serta tiada petunjuk baharu menyukarka­n lagi operasi SAR.

Bagaimanap­un pihaknya masih meneruskan operasi pencarian lima mangsa yang masih belum ditemukan meliputi perairan Sabah, Miri dan Brunei.

Katanya usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga mendapat arahan selanjutny­a daripada pihak atasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia