Utusan Borneo (Sabah)

Asbury ikut peraturan hasilkan filem ‘The Smurfs’ baharu

-

P

ENGARAH Kelly Asbury berusia 24 tahun ketika dia mencari pekerjaan sebagai seorang animator bersama HannaBarbe­ra Production­s dalam siri TV ‘The Smurfs’. Malangnya dia telah ditolak.

Sekarang, lebih 30 tahun kemudian, Asbury sedang mengarahka­n sebuah filem animasi baharu yang mengolah semula francais berdasarka­n robot manusia biru yang kecil dan popular itu.

Ketika dia menerima projek itu, perkara pertama yang dia terima adalah sebuah buku peraturan.

“Kami perlu bekerja dalam parameter tertentu,” kata Asbury, 57 tahun, kepada pemberita.

Peraturan nombor satu: “Smurfs mesti makan smurfberi sahaja. Mereka dapat makan pai smurfberi, sandwic smurfberi, mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu tetapi tidak boleh makan sandwic Subway.”

Dengan buku itu yang tidak pernah jauh darinya, Asbury sedang menyiapkan filem terbitan Sony Pictures Animation ‘Smurfs: The Lost Village’ di mana sebuah peta membimbing Smurfette dan rakanrakan dalam satu perlumbaan untuk mencari sebuah perkampung­an penuh misteri sebelum Gargamel, seorang ahli sihir jahat, berbuat demikian.

Asbury berkata ia merupakan satu tanggungja­wab yang amat berat untuk menjalanka­n sebuah projek yang melibatkan watak-watak yang dihormati dan disayangi di seluruh dunia.

“Saya tidak mahu menjadi orang yang dituduh merosakkan Smurfs,” kata Asbury, sambil mengetuk meja.

Filem itu ditayangka­n pada 30 Mac nanti di Colombia dan Mexico, dan Argentina pada 6 April, dan sehari kemudian di Amerika Syarikat.

- BERMULA TANPA SEBARANG ASAS -

Ketika Asbury menerima projek itu, dia belum lagi bekerja bersama Sony dan tahu sedikit sahaja mengenai Smurfs, yang dicipta pada 1958 oleh artis komik dari Belgium, Peyo, dan menjadi siri animasi TV pada zaman 1980an.

“Alangkah bagusnya kalau Smurfs muncul di televisyen ketika saya masih kanakkanak,” kata Asbury, yang turut bekerja sebagai artis animasi dalam ‘Beauty and the Beast’.

Dia berkata dia dalam lingkungan usia 20an ketika itu, tidak ada anak dan oleh itu tidak memberi banyak perhatian kepada Smurfs.

“Bahagian yang lucu bagi saya sebenarnya ialah ketika saya berusia kira-kira 24 tahun, saya memohon pekerjaan untuk bekerja dengan Smurfs dan tidak mendapatny­a di Hanna-Barbera,” kata Asbury. Tiga puluh tahun kemudian, dia menerima panggilan dari Sony yang bertanya sama ada dia mahu menerima projek ini atau tidak. Asbury kilat mengenai sejarah Smurfs dan mengenai Peyo.

Sekarang dia menganggap diri sebagai seorang pakar.

Ini adalah filem ketiga Sony dalam francais berkenaan, dan pada mulanya ia sepatutnya kesinambun­gan kepada dua filem aksi hidup pertama dari 2011 dan 2013, tetapi 100 peratus animasi.

Dengan apa yang dia sudah pelajari, Asbury mengubahsu­ai projek itu dengan menegaskan bahawa watak-watak tersebut perlu sama sejauh mungkin dengan watak-watak asal.

“Saya melihat sekeliling dan melihat kerja seni Peyo dan melihat semula buku komik Peyo dan saya mengemukak­an pandangan bahawa kita perlu melakukann­ya seperti ini dan menariknya ke belakang dan mereka-bentuknya semula untuk menjadikan­nya kelihatan lebih setia kepada Peyo,” katanya.

“Ia kelihatan begitu berbeza daripada aksi hidup sehingga semua orang berkata, ‘anda tahu, ini perlu bermula dengan rekod bersih, pembikinan semula sepenuhnya, cara sebenar ia berubah.”

- MEMILIH SUARA -

Bagi barisan pelakon pula, Julia Roberts menjadi suara SmurfWillo­w, selain Demi Lovato (Smurfette), Rainn Wilson (Gargamel), Joe Manganiell­o (Hefty Smurf), Jack McBrayer (Clumsy Smurf), Danny Pudi (Brainy Smurf) dan Mandy Patinkin (Papa Smurf).

“Cara saya memilih bakat suara ialah saya tidak membiarkan mereka memberitah­u saya siapa pelakon itu” supaya tidak digoda oleh nama-nama besar, katanya.

Dia mengenali Roberts serta-merta, tetapi tidak Lovato, yang menyanyika­n versi ‘Let It Go’ dalam ‘Frozen’.

“Saya tahu cara dia bernyanyi tetapi saya tidak mengenali suaranya bila bercakap. Terdapat keyakinan yang sangat tinggi, kualiti dan tekstur. Ia adalah Smurfette yang berbeza, tetapi dia lasak dalam filem ini dan dia mengikut cara sendiri dan tegas dan berazam,” kata Asbury, yang turut menjadi suara Nosey Smurf. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? 2’ dan mengarah ‘Shrek JOE MANGANIELL­O
dan mengambil kursus bersetuju KELLY ASBURY
2’ dan mengarah ‘Shrek JOE MANGANIELL­O dan mengambil kursus bersetuju KELLY ASBURY
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAINN WILSON
RAINN WILSON
 ??  ?? DEMI LOVATO
DEMI LOVATO
 ??  ?? MANDY PATINKIN
MANDY PATINKIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia