Utusan Borneo (Sabah)

Zanotti rangkul kejuaraan Golf Maybank Terbuka Malaysia

Kejohanan Golf Maybank Malaysia

-

PETALING JAYA:Melakukan pukulan eagle di lubang terakhir menyaksika­n Fabrizio Zanotti dari Paraguay berjaya merangkul kejuaraan pada Kejohanan Golf Maybank Malaysia di Saujana Golf and Country Club di Subang, yang berakhir kelmarin.

Berikutan kejayaan itu, Zanotti menerima US$500,000 (US$1 = RM4.60) serta trofi berprestij daripada Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd.

“Ketika di lubang ke-15, saya mula merasakan mempunyai peluang untuk menang sebaik melakukan birdie. Saya rasakan jika melakukan dua lagi birdie, saya berpeluang merangkul kejuaraan, namun dengan satu birdie dan satu eagle menjadikan­nya lebih hebat.

“Saya sungguh gembira kembali menjadi pemenang. Saya telah berusaha keras tetapi prestasi saya tidak begitu baik apabila terlepas tiga ‘cut’ berturut-turut...namun itu sudah berlalu dan hari ini

“Saya

sungguh gembira kembali menjadi pemenang. Saya telah berusaha keras tetapi prestasi saya tidak begitu baik apabila terlepas tiga ‘cut’ berturut-turut...namun itu sudah berlalu dan hari ini saya kembali sebagai juara. FABRIZIO ZANOTTI

saya kembali sebagai juara,” kata Zanotti.

Juara Terbuka Antarabang­sa BMW 2014 itu mempamerka­n prestasi mengagumka­n kelmarin apabila melakukan tujuh birdie untuk mencatat keseluruha­n sembilan bawah par 269 dalam saingan yang berlangsun­g selama empat hari itu.

David Lipsky dari Amerika Syarikat meraih tempat kedua apabila mensia-siakan peluang setelah melakukan dua bogey di lubang keenam dan ke-14 untuk mencatat keseluruha­n 270 pukulan.

“Secara keseluruha­n saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Matlamat saya untuk berada dalam kelompok tiga terbaik atau memastikan dapat beraksi di Kejohanan Golf Dunia di Mexico, dan saya berjaya melakukann­ya.

“Terdapat banyak cerun dan garisan di lapangan ini, d andi penghu-jung saingan sedikit berbonggol, maka agak sukar bagi saya menentukan garisan, dan apa yang anda perlu buat ia melakukan pukulan yang baik,” kata Lipsky.

Pendahulu hari kedua, Bernd Wiesberger dari Austria kembali bangkit pada hari terakhir selepas mencatat enam birdie dan satu eagle di lubang kelapan bagi membolehka­nnya menduduki tempat ketiga, satu pukulan di belakang Lipsky. “Prestasi saya biasa-biasa sahaja hari ini, saya tidak bermain dengan begitu baik...saya berdepan beberapa masalah selepas permulaan yang baik dengan melakukan birdie di tiga daripada empat lubang pertama,” kata Wiesberger.

Dalam kalangan pemain Malaysia, Ben Leong muncul pemain terbaik kelmarin setelah melakukan enam birdie, namun terlepas beberapa mata selepas mencatat tiga bogey untuk menamatkan cabaran dengan keseluruha­n tiga bawah par 279.

“Catatan bawah par di padang golf ini satu pencapaian yang hebat. Saya melakukan beberapa pukulan yang baik dan juga tidak memberangs­angkan ... namun secara keseluruha­n tidaklah begitu teruk.

“Keputusan ini sangat penting bagi saya setelah terlepas dua ‘cut’ pada Jelajah Asia. Saya perlu melakukan yang terbaik bagi memperbaik­i kembali ranking dalam Order of Merit dan saya berjaya melakukann­ya,” kata pemain ranking kelima Malaysia itu.

Rakan senegarany­a iaitu pemain amatur Daeng Abdul Rahman mencatat keseluruha­n 285 pukulan, Gavin Green (285), Nicholas Fung (285), Danny Chia (287) dan Arie Irawan (297). -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? MEGAT Zaharuddin (kanan) menyampaik­an replika cek USD500,000 dan piala kepada juara Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017, Zanotti di Saujana Golf & Country Club kelmarin. -Gambar Bernama
MEGAT Zaharuddin (kanan) menyampaik­an replika cek USD500,000 dan piala kepada juara Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017, Zanotti di Saujana Golf & Country Club kelmarin. -Gambar Bernama
 ??  ?? ZANOTTI bergambar bersama piala di Saujana Golf & Country Club kelmarin. -Gambar Bernama
ZANOTTI bergambar bersama piala di Saujana Golf & Country Club kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia