Utusan Borneo (Sabah)

Tekong ditangkap polis bantu siasatan kes bot karam

Bantu siasatan polis berhubung kes bot laju karam

- Oleh AMIR ANUAR

Penahanan terhadap Juma dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau yang diketuai Insp Muhd Sobbri Samian yang menjalanka­n operasi terbabit. Juma ditahan di perkaranga­n pintu balai ketibaan LTT.

TAWAU: Tekong bot laju yang melarikan diri selepas peristiwa bot laju karam 7 Februari lepas di perairan Tawau, berjaya ditangkap di Lapangan Terbang Tawau (LTT), di sini, kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.

Menariknya, tekong atau juragan bot laju yang dikenali sebagai Juma itu ditangkap ketika baharu tiba dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di LTT.

Utusan Borneo difahamkan, selepas diselamatk­an oleh dua pemancing di dalam insiden terbabit, Juma, 23, menaiki kapal terbang ke rumah ahli keluargany­a di Klang.

Bagaimanap­un, Juma dikatakan balik semula ke Tawauselep­asadasauda­ranya yang memberitah­u bahawa lelaki itu dikehendak­i polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata tekong lelaki warga tempatan terbabit ditahan untuk siasatan kes mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Penahanan terhadap Juma dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan

ACP FADIL MARSUS

Jenayah IPD Tawau yang diketuai Insp Muhd Sobbri Samian yang menjalanka­n operasi terbabit.

“Juma ditahan di perkaranga­n pintu balai ketibaan LTT,” katanya semasa mengulas mengenai perkembang­an terbaharu usaha memburu Juma yang dilancarka­n sebelum ini.

Utusan Borneo turut difahamkan bahawa polis kini sedang menjejak beberapa lagi suspek yang mempunyai kaitan mengatur perjalanan antara Tawau-Sebatik secara haram.

Pada 7 Februari lepas, bot laju yang dikemudika­n oleh Juma karam selepas bergerak kira-kira 15 minit mengakibat­kan kesemua mereka yang menaiki bot itu terjun ke laut.

Sehingga jam 5 petang kelmarin, perkembang­an terkini menyaksika­n empat orang disahkan selamat, 10 mayat ditemui dan seorang lagi dilaporkan masih hilang.

 ??  ?? POLIS mengambil keterangan awal daripada Juma di Balai Polis LTT.
POLIS mengambil keterangan awal daripada Juma di Balai Polis LTT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia