Utusan Borneo (Sabah)

Pesara guru maut, isteri parah dalam kemalangan

Kenderaan dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda

- Oleh AMIR ANUAR

Siasatan awal menunjukka­n kemalangan berlaku ketika kenderaan dinaiki pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan dari Bandar Tawau ke lapangan terbang. Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan mereka memasuki simpang namun dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda dari arah Balung menghala ke bandar. ACP FADIL MARSUS

TAWAU: Seorang pesara guru maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang Lapangan Terbang Tawau Batu 18 Jalan Apas, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ismail Osman, 68, beralamat di Kg Jaya Baru, Batu 6, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

“Isteri mangsa, Karnih Sukarti, 57, yang juga seorang guru dan memandu kenderaan sebelum kejadian cedera parah, patah tulang rusuk kiri dan cedera paru-paru.

“Isteri mangsa juga dimasukkan ke Wad Pembedahan Perempuan Hospital Besar Tawau untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Fadil berkata kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit bertembung dengan pacuan empat roda yang dinaiki dua beradik yang tidak mengalami kecederaan.

Katanya identiti pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit dikenali sebagai Andryanto Salimin, 46, dan penumpangn­ya Hermanto Salimin, 45.

“Siasatan awal menunjukka­n kemalangan berlaku ketika kenderaan dinaiki pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan dari Bandar Tawau ke lapangan terbang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan mereka memasuki simpang namun dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda dari arah Balung menghala ke bandar,” katanya.

Menurutnya Ismail yang turut dihantar ke Hospital Tawau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang pada hari kejadian, di wad kecemasan hospital.

Siasatan kes dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Insp Mohd Riduan Abdullah @Mustaffa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? SEPASUKAN anggota Bomba dan Penyelamat Tawau tiba untuk memberikan bantuan awal di lokasi kejadian.
SEPASUKAN anggota Bomba dan Penyelamat Tawau tiba untuk memberikan bantuan awal di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia