Utusan Borneo (Sabah)

Penahanan tekong dijangka berupaya bantu polis siasat kes bot karam

- AMIR ANUAR Oleh

TAWAU: Penahanan tekong bot laju yang karam pada 7 Februari lepas di perairan Tawau, dijangka berupaya membantu polis mencari beberapa lagi suspek di dalam kes terbabit.

Utusan Borneo difahamkan, pemilik bot laju, pemilik perahu, pengurus-pengurus ‘jalan samping’ atau perjalanan tidak sah, dan pengemudi perahu terlibat juga dikehendak­i polis.

Pada 9 Februari, Mansur Umar, 25, saksi terbaharu mendedahka­n kepada polis bahawa perjalanan mereka dimulakan dari Kg Icebox, bukannya dari Kg Batu Payung atau Tinagat.

Sebelum menaiki bot laju hitam yang karam terbabit, 14 daripada 15 mangsa bot karam dikatakan menaiki sebuah perahu berwarna biru laut dari Kg Ice Box ke muara sungai.

Mereka bertolak kira-kira jam 4 petang dan menunggu kira-kira 30 minit di muara sungai sebelum Juma yang mengemudi sebuah bot laju hitam, tiba mengambil mereka.

Perjalanan mereka ke Pulau Sebatik Indonesia mengikut ‘laluan tikus’ dari Tawau dikatakan diurus oleh seorang pengurus yang dikenali sebagai Acok.

Bagaimanap­un, Acok disahkan sudah meninggal dunia apabila laporan menyebut mayatnya sudah ditemui di perairan Sg Taiwan Sebatik, Indonesia pada 9 Februari lepas.

Faktamenar­ikjugamenu­rut sumber boleh dipercayai, bot laju terbabit dikatakan karam selepas kira-kira 15 minit bertolak ataupun kira-kira lima minit untuk tiba ke negara jiran.

Sehingga kelmarin, seramai 14 mangsa sudah berjaya ditemukan dan hanya seorang sahaja iaitu Joko Rahman, 35, rakyat Indonesia, yang masih dilaporkan hilang di laut.

Peristiway­angmenyaks­ikan satu lagi sejarah hitam perairan sempadan TawauSebat­ik Indonesiai­ni juga merekodkan seramai 10 orang yang dilaporkan mati lemas.

Tujuh mayat berjaya dijumpai di perairan Sebatik Indonesia, manakala tiga lagi mayat ditemukan di tiga lokasi berasingan di sekitar perairan Tawau.

Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Amiruddin Beddure (57) status kerakyatan tidak diketahui, Hadra Hadde, 41, (Penduduk Tetap Malaysia), Taqi Muhd Zaki, 7, (Malaysia), Muhd Faiz, 5, (Malaysia) dan Nur Hafizah, 2, (Malaysia).

Turut disahkan meninggal dunia, Muhd Ashraf (bayi sembilan bulan - Malaysia), Nasir Selasa @Aco, 52, (Indonesia), Azlan Pajo, 30an, (Indonesia), Nur Ainun Budiman, 1, (Indonesia) dan seorang lagi wanita yang tidak diketahui identitiny­a.

Empat yang berjaya menyelamat­kan diri pula, Budiman Muslimin, 26, (Indonesia) Hasmida Masaniaga, 24, (Indonesia) Mansur Umar, 25, (Malaysia) dan Juma, 23, (Malaysia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia