Utusan Borneo (Sabah)

Teksi motosikal ‘Dego Ride’ diarah henti perkhidmat­an serta-merta

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an mengarahka­n perkhidmat­an teksi motosikal ‘Dego Ride’ dihentikan serta-merta atas faktor keselamata­n.

Menterinya­DatukSeriL­iow Tiong Lai berkata pihaknya juga tidak akan memberikan lesen operasi kepada pengendali perkhidmat­an tersebut buat masa ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih lagi beroperasi.

“Kita ada kuasa untuk mengawal perkara ini kerana ia melibatkan keselamata­n yang terletak di bawah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

“Kesalahan ini jelas kerana penunggang tidak boleh membawa orang awam dan mengutip bayaran. Jika ada unsur bayaran, ia adalah satu kesalahan di bawah JPJ,” katanya ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, di sini kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron dilaporkan berkata Dego Ride menimbulka­n kontrovers­i kerana tidak mempunyai permit sah, namun boleh terus beroperasi sekiranya mendapat kebenaran SPAD.

Nadzri turut menasihati orang ramai tidak menggunaka­n perkhidmat­an itu sehingga mendapat ‘lampu hijau’ daripada SPAD.

Mengulas lanjut, Liow berkataseh­inggakinip­ihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menawarkan perkhidmat­an itu.

“Kita faham ada orang awam yang menggunaka­nnya kerana masalah kesesakan lalu lintas, namun ketika ini kita sedang meningkatk­an perkhidmat­an pengangkut­an awam seperti LRT dan MRT untuk kesenangan semua,” katanya.

Pengasasda­nKetuaPega­wai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmat­an tersebut.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia