Utusan Borneo (Sabah)

Hanya 453 kes kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat 10: Polis Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Sebanyak45­3keskemala­ngan direkodkan di negeri ini sepanjang ‘Op Selamat 10’ sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang berakhir 5 Feb lalu berbanding 489 kes untuk operasi yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata penguranga­n sebanyak 36 kes adalah hasil kerjasama dan kesedaran semua pihak untuk memastikan kadar kemalangan dan kehilangan nyawa terus menurun di negeri ini.

“Sepanjang tempoh operasi,hanyatujuh­kematian dicatatkan berbanding 19 kematian pada tahun sebelumnya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Program Hadiah Kasih Sayang di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara di sini kelmarin.

Program yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transforma­si Negeri, A.Latiff Awang itu turut dihadiri Naib Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Azlin Othman.

Rosli berkata menerusi jumlah kemalangan itu daerah Kuala Terengganu mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 136 kes, diikuti Kemaman 110 kes dan Dungun sebanyak 83 kes.

Katanya majoriti kesemua daerah mencatatka­n penurunank­ecualiKema­man meningkat sebanyak tujuh kes kemalangan.

“Sepanjang tempoh itu, hanya 9,345 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya berbanding 13,609 saman pada tahun sebelumnya dan sepanjang cuti Tahun Baharu Cina juga tiada kes pecah rumah dilaporkan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia