Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki geng curi motosikal ditahan di Bukit Mertajam

-

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) ditahan di Bukit Mertajam, di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kedua-dua lelaki yang berusia awal 20-an itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah, kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki itu adalah anggota geng curi motosikal di sekitar daerah ini dan mereka dipercayai aktif sejak beberapa bulan lepas.

“Terbaru mereka dipercayai turut terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartmen di Jalan Perda Utama di sini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata modus operandi geng itu ialah mencurimot­osikalsebe­lum menjual dengan harga murah atau meleraikan komponenny­a dan dijual kepada rakan-rakan mereka.

Nik Ros Azhan berkata suspek kemudianny­a membuang rangka motosikal ke dalam Sungai Jarak, Tasek Gelugor dekat sinidanpol­isturutmen­emui satu rangka kenderaan itu yang dilaporkan hilang di Bukit Tengah minggu lepas, di situ.

Dalam pada itu, katanya polis menahan dua lelaki yang terlibat dalam beberapa kes pecah bengkel kenderaan di sekitar daerah SPT dalam serbuan di Taman Belimbing di sini, Jumaat lepas.

Katanya dua lelaki berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat awam serta risikan dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 3.42 gram daripada mereka.

“Susulan penahanan mereka, polis menemui beberapa barang yang mereka curi dari sebuah bengkel di Lorong Limau Manis antaranya rim dan tayar motosikal,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu kini direman bagi membantu siasatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia