Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan inovatif, kreatif perlu

Untuk meningkatk­an kualiti kesihatan umum

-

Pendekatan turun padang oleh pakar perubatan dalam program berbentuk karnival atau kem kesihatan amat dialu-alukan kerana memberi peluang kepada rakyat memanfaatk­an perkhidmat­an kesihatan bertaraf dunia yang disediakan kerajaan. DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR

TUARAN: Pendekatan inovatif dan kreatif perlu untuk meningkatk­an kualiti kesihatan umum memandangk­an faktor itu mampu menjejaska­n pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata rakyat terutamany­a di luar bandar perlu diberi rangsangan dan motivasi bagi meningkatk­an tahap kualiti kesihatan, sama ada secara individu atau keluarga.

“Pendekatan turun padang oleh pakar perubatan dalam program berbentuk karnival atau kem kesihatan amat dialu-alukan kerana memberi peluang kepada rakyat memanfaatk­an perkhidmat­an kesihatan bertaraf dunia yang disediakan kerajaan,” katanya ketika merasmikan Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017 di Dewan Sri Sulaman, kelmarin.

Katanya kaedah memperkasa dan melibatkan masyarakat supaya membudayak­an gaya hidup sihat dan mencegah penyakit perlu diberi penekanan oleh semua pakar perubatan, di samping mobilisasi sektor lain supaya persekitar­an gaya hidup sihat menjadi agenda utama di semua peringkat.

Hajiji berharap program itu akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat dalam meningkatk­an taraf kesihatan terutamany­a daripada aspek penjagaan mata.

Terdahulu, Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan Gopal Naido berkata Hospital Tuaran bakal dilengkapi alatalat pemeriksaa­n mata dan Pegawai Optometri pada April tahun ini agar masyarakat di daerah ini tidak perlu mendapatka­n rawatan sama di Kota Kinabalu.

“Sebelum ini, seramai 60 pelajar sekolah tercicir daripada manjalani rawatan mata di Hospital Queen Elizabeth kerana jarak antara Tuaran dan Kota Kinabalu yang agak jauh.

“Dengan adanya pegawai optometri nanti, diharap masyarakat Tuaran dapat menjalani rawatan awal serta susulan di Hospital Tuaran sahaja,” katanya.

Jelas beliau Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017 yang mendapat kerjasama Hospital Queen Elizabeth dan badan bukan kerajaan itu memberi peluang untuk mengenali lebih dekat masalah serta tahap kesihatan masyarakat di sekitar daerah berkenaan.

Katanya antara pengisian program adalah pemeriksaa­n mata, pemeriksaa­n kesihatan umum, pemeriksaa­n gigi, ceramah kesihatan, kempen derma organ dan pameran kesihatan.

 ??  ?? SALAHseora­ngpenderma­darahmener­imasijilpe­nghargaan yang disampaika­n Hajiji (dua dari kanan) sambil ditemani Mohan (kanan).
SALAHseora­ngpenderma­darahmener­imasijilpe­nghargaan yang disampaika­n Hajiji (dua dari kanan) sambil ditemani Mohan (kanan).
 ??  ?? HAJIJI (lima dari kiri) bersama semua jawatankua­sa penganjur Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017 selepas menyempurn­akan gimik perasmian.
HAJIJI (lima dari kiri) bersama semua jawatankua­sa penganjur Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017 selepas menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia