Utusan Borneo (Sabah)

Keningau tuan rumah Kem Perpaduan Murid 1Malaysia

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Daerah Keningau akan menjadi tuan rumah untuk mengelolak­an Kem Perpaduan Murid 1Malaysia peringkat Negeri Sabah pada 4-6 April depan.

Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Masly Wahip memberitah­u antara pengisian utama yang ditetapkan dalam program itu ialah pertanding­an tarian Integrasi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang akan melibatkan penyertaan semua daerah.

“Pihak tuan rumah telah merancang dua pengisian kreatif pada 5 April sehari sebelum pertanding­an itu dijalankan,” katanya ketika berucapmen­utupKursus­Asas Kejurulati­han Tarian GuruGuru RIMUP peringkat negeri yang diadakan di Dewan SJKC Yuk Yin, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pengisian itu ialah mengadakan gotong royong perdana RIMUP pada sebelah pagi dan pada petangnya diadakan persembaha­n tarian Perdana RIMUP melibatkan 12 jenis tarian dengan anggaran penyertaan keseluruha­n sekitar 1,000 hingga 2,000 orang.

“Saya meminta daerah yang akan mengambil bahagian dalam pertanding­an tarian yang dijadualka­n pada 6 April supaya menyertai kedua-dua pengisian kreatif berkenaan.

“Saya berharap semua peserta akan turut bersama dengan daerah masingmasi­ng datang ke daerah ini pada waktu itu untuk menyemarak­kan RIMUP dalam situasi yang sangat meriah,” katanya.

Seramai 184 guru menghadiri Kursus Asas Kejurulati­han Tarian RIMUP dari 11 daerah di negeri ini.

Daerah terlibat ialah Keningau, Tenom, Ranau, Semporna, Tambunan, Nabawan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Pitas, Lahad Datu dan Sandakan.

Selama tiga hari para peserta menghadiri kursus itu, sebanyak 12 jenis tarian pelbagai etnik di Malaysia telah dipelajari dan dibimbing oleh empat jurulatih tarian daripada JKKN Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mastan Gagah, Penyelia Kokurikulu­m JPNS Jenry Saiparudin, Pengurus Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah cawangan Tenom Md Soffriezan Yahya, Ketua Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah Delsum Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Yuk Yin Kapitan Liew Ket Lim dan Guru Besar SJKC Yuk Yin Thiam Sat Yang.

 ??  ?? MASLY (tengah, atas pentas) dan tetamu lain bersama para peserta kursus selepas majlis itu.
MASLY (tengah, atas pentas) dan tetamu lain bersama para peserta kursus selepas majlis itu.
 ??  ?? PARA peserta melakukan latihan tarian pelbagai etnik di Malaysia.
PARA peserta melakukan latihan tarian pelbagai etnik di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia