Utusan Borneo (Sabah)

Negara maju kerana rakyat berkepakar­an: Musbah

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata negara maju bukan kerana mempunyai pelbagai bangunan cantik atau infrustruk­ur yang mega.

Jelasnya negara maju apabila rakyatnya berilmu dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

“Kerajaan telah membelanja­kan wang untuk memberikan ilmu pengetahua­n kepada rakyat agar mereka memiliki kemahiran.

“Apa yang kerajaan programkan hari ini adalah kita membekalka­n rakyat kita dengan kemahiran, seperti penyediaan makanan yang sihat dan berkualiti,” katanya,

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Keusahawan­an Aneka Masakan Berminyak, di Dewan Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, di sini, Sabtu lepas.

Musbah berkata kursus masakan jika diusahakan dengan sungguh-sungguh boleh menjana ekonomi dan sebagai pekerjaan dalam perniagaan sendiri.

“Contohnya, menjadi pekerja restoran. Daripada seorang pekerja, kita boleh menjadi pengurus atau menjadi tauke dan sebagainya,” katanya.

Katanya untuk berjaya dalam hidup, perlu ada sifat ingin bekerjasam­a, kerana itu adalah asas kepada kemajuan bersama.

“Jangan kita berpecahbe­lah sehingga ada yang memfitnah, memburukka­n pemimpin kerana ini hanya akan memecahbel­ahkan perpaduan kita dan melambatka­n proses kemajuan kita di dunia yang penuh mencabar ini.

“Saya yakin masa depan negara kita akan cerah kerana banyak lagi perkara yang perlu kita bangunkan di negara ini seperti di negaranega­ra maju,” katanya.

Musbah berkata beliau akan memberikan sokongan padu kepada programpro­gram seumpama itu yang membekalka­n masyarakat dengan keperluan tertentu dalam hidup mereka untuk dimanfaatk­an dalam kehidupan.

“Kita sokong usaha KBSS agar dapat meneruskan kursus kemahiran kepada belia di daerah ini dalam usaha untuk membantu menyediaka­n kemahiran dalam penjanaan ekonomi di masa hadapan,” katanya.

Seramai 30 orang dari tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Tempasuk, Kadamaian dan Usukan menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengajar Kursus Nancy Lim, Pegawai Kementeria­n Sukan Kota Belud Madlee Mason, Pegawai KBS Pentai Barat Utara Mat Rudin Baluan, Pegawai KBS Pitas Rizuan Haji Sait dan Sinungginj­ing Misarid.

 ??  ?? MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada wakil peserta kursus diperhatik­an Madlee (kiri), Mat Rudin dan Nancy (kanan).
MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada wakil peserta kursus diperhatik­an Madlee (kiri), Mat Rudin dan Nancy (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia